Ahad, 15 Mei 2011

Mango Yogurt Muffin

Minggu ni maraton pelam golden lily hehehehee......
Weekend ni best sikit sebab cuti lama sambung dengan Hari Wesak.....pagi-pagi lepas makan nasi lemak, terus keluarkan bahan-bahan masakan sebab nak buat muffin. Idea yang sebenarnya nak buat sekadar muffin macam jamie oliver punya tapi dalam peti ais ada lagi lebih yogurt buat mango lassi semalam. Gogo jumpa la resepi mango yogurt muffin. 

Resepi yang pelik-pelik ni datangnya dari satu blog dari US, orang sana memang suka makanan dari asia so banyak jugakla resepi nak buat mango muffin ni tapi saya pilih resepi yang betul-betul mudah dan bahan yang dah ada kat sini

Sebenarnya memang macam nila rupa kalau dah masak, dia akan jatuh sikit sebab buah pelam ni berat....apatah lagi kalau letak pelam kat atasnya tak hinggat punya banyak

Macam biasa blog saya ni, saya suka tunjuk gambar step by step sebab saya sendiri malas nak membaca, tengok gambar lagi mudah. Lagi satu saya rasa belajar melalui gambar lagi senang nak ikut daripada baca penulisan sebab kadang-kadang apa yang kita baca tak sama macam penyampaiannya

Inilah dapur buruk saya, sangat simple. Saya tak kisah pun kalau saya cakap mixer saya tu, saya beli time Opening Seng Heng RM10 dan penimbang tu saya beli kat Daiso RM5 je. Even oven yang saya dah masak macam-macam tu pun beli time kilang area ni buat stock clearance. Sebenarnya saya bukan nak merendahkan diri tapi nak bagi semangat kalau nak masak tak payah cari barang mahal-mahal, pakai barang murah pun menjadi jugak masakan. So, jom start masak!!

Masukkan telur satu per satu (pakai 2 biji) selepas pukul butter, sugar,esen vanilla, serbuk cinnamon, lemon jus sikit, pukul sampai creamy


Lepas dia dah jadi creamy baru masukkan potongan dice mango (air mango kena sejat dulu sebelum dimasukkan dalam adunan ni)


Pan ni kena grease dengan butter dulu


Ok mulakan menyudu masukkan adunan dalam pan, sampai menyudu adunan sambil melayan fb dan sambil tengok cita korea ch393 I'm Legend (alahai sedihnya cita tu, jahat betoi husband dia kan)

Dalam masa yang sama gambar kena snap jugak ni sampaikan mr. hubby tanya 'mana satu nak buat ni?dalam masa yang sama dok buat berapa banyak benda dah?' ayat persis perli je hehehe

Bukan apa, kena masak cepat ni sebab lepas ni nak gerak ke rumah kakak dan nak bawak muffin ni sekali la sebagai buah tangan, aicehhh sejak bila bawak-bawak buah tangan ke rumah orang ni? jawapannya sejak aku gila memasak dan aku sendiri pun takleh nak makan banyak (maklumla kena jaga kesihatan jugak sambil memaintainkan berat badan)

Ok mango yang potong dadu tadi jangan masukkan semua dalam adunan, simpan sikit supaya kita leh letak atas muffin macam ni

Bakar adunan selama 25 minit dengan suhu 180C. Time ni bau dari oven sedapnyala sampai tak khusyuk nak tengok cita korea pun. Jenguk jap tengok apa jadi dalam oven, wah tingginya dia naik macam nak meletup patutla bau wangi sangat, dan dan la perut jadi lapar

Rupanya nampak gelap sikit bukan sebab hangit tau. Rupa asal memang nampak cerah tapi memandangkan saya suka mengedit bahan originalnya jadi macam nilah. Resepi asal guna gula biasa tapi saya pakai brown sugar.

Bahan:
  1. 125g butter (sepatutnya kena pakai unsalted butter dan kena add 1 susu teh salt)
  2. 150g tepung kek
  3. 110g brown sugar/gula castor
  4. 2 biji mango (potong dadu)
  5. 100g plain yogurt
  6. 2 biji telur
  7. 1 sudu kecik baking powder (saya tak pakai baking powder sebab saya pakai tepung naik sendiri)
  8. 1/2 sudu kecik baking soda or soda bikarbonat?
  9. 1 sudu salt
  10. 1 sudu teh esen vanila (saya tambah sendiri)
  11. serbuk kayu manis sikit saja (saya tambah sendiri)
  12. lemon jus pun sikit je (xdak dalam resepi asal, saya tambah sendiri)
Caranya:
  1. beat butter until creamy, pastu letak  salt dan brown sugar, beat lagi
  2. add egg one at a time
  3. sift or ayak tepung+bp+sb
  4. mix tepungg + yogurt sampai sebati
  5. combine mango 
  6. spoon adunan into a pan muffin, tabur mango atasnya
  7. bake 180C selama 25minit
  8. done...ready to eat

Tiada ulasan: