Khamis, 28 Julai 2011

TopSpot Seafood @Kuching

Nak makan kat TopSpot ni dah lama berkobar-kobar dalam hati memandangkan ramai cakap lobster sini murah hehehe saya dah lama teringin nak makan lobster. Niat nak makan kat TopSpot asyik terbantut je sebab cuaca di Kuching sekarang ni hujan lebat sebelah malam.
 Mungkin doa saya dimakbul tuhan, malam terakhir saya di Kuching cuaca elok, saya dan mr.soulmate berpimpinan tangan berjalan kaki je dari waterfront ke TopSpot.


Masa saya sampai kat TopSpot tu dalam maghrib la matahari baru terbenam, saya pun niat jamak takhir siap-siap. Masa tu orang tak ramai lagi datang, best la nak pilih dok mana je. Mestila saya pilih gerai muslim kan sebab hampir kesemua kedai-kedai kat ni dimonopoli oleh kedai cina. Memangla tanda halal terpampang tapi adakah diorang tau apa maksud halal sebenarnya?memang saya baca ramai blogger dan kawan-kawan suggest kan makan kedai cina kat sini  katanya lagi sedap la apa la tapi saya yakin makan dari air tangan orang muslim lebih berkat.


Memang tak dinafikan ramai oarang Islam yang makan kat kedai cina dan cuma kami dua je makan kat kedai 'Seafood Muslim' ni. Mr.soulmate pun tanya la kat kakak kedai ni pasaipa kedai ni tak ramai orang. Kakak ni cakap biasa dah keadaan macam ni melainkan kedai-kedai yang lain dah penuh last choice baru kedai dia jadi pilihan customer. OOOOOOooooooo gitu ke....ermmmm...tak kisahla kan kalau nak kata tak sedap memang sedap gila jugak kedai ni, lobster masak black pepper dia pun besar, sotong pun fresh buat masak cili, sayur midin goreng belacan pun menyentap jiwa raga dan nasi dia pun wangi, kesimpulannya memang sedapla kedai ni.


Air ni saya nak try minum air jagung best gak ala-ala ABC pun ada dan mr.soulmate minum teh panas je.



Sotong ni memang fresh, terasa kesegaran dari laut hehehe...
Mr.soulmate ambik sekor je tapi bersaiz besar buat masak cili. Sedapnya sotong ni teringat-ingat lagi kesedapan tatkala mencecah lidah huuhu....

Ini sayur orang favorite Sarawak, Miden goreng belacan. Wallahhhh....sedap sungguh


Makanan yang sangat ternanti-nanti....LOBSTER masak black pepper
Aduyaiiii sedapla lobster ni jatuh cinta pandang pertama terus. Lobster ni sekor 20 hinggit je, murah kan.....



Ok inilah antara hidangan yang kami makan kat Topspot ni, semua sedap gila...tetiba dah mouthwatering.....



hahaha lawak betoi mr.soulmate ni........

Tak sabar nak ngap ni huhuhuhu....bismillah....
Kalau boleh nak makan sekali dengan kulit-kulit ni tapi keras la pulak

Licin dikerjakan kami berdua hehehe....memang betul-betul menikmati

Jangan tak percaya harganya hehehehe.....


Makan pun memang puas gila la tambah-tambah makan lobster besar gabak ni, kami pun mintakla resit. Agak-agak makan macam ni mesti seratus lebih punya, tup-tup ternganga kami dua tengok resit dia harga RM35 hah.....biar betul, saya siap suruh mr.soulmate tanya dia lagi kot-kot dia kira silap ke apa ke tapi betul la. Tak paham saya, kedai dia still ada meja kosong sedangkan kedai-kedai yang lain memang penuh dan siap ada orang cup tempat lagi, hairan bin ajaib betul la. Ni mesti diorang ni tak pernah makan kat kuala perlis or kuala kedah lagi ni.....rasa tengok masakan patani mesti cari kedai makan muslim lepas tu.

Kenyang perut suka hati lalalalala.....

Tiada ulasan: