Selasa, 2 Ogos 2011

Cream Cheese with prune n apricot Bun

Bun ni diilhamkan dari bun cranberry cheese yang dijual kat Empire Shopping Gallery, Subang. Cerita dipendekkan kawan saya ni....beriya-iya dia suruh kawan-kawan ni pi The Loaf kat Empire Shopping Gallery, Subang beli bun cranberry cheese sebab katanya sedap sangatla. Lepas tu dia sendiri beli bun tu bagi kami sorang satu rasa. Memang sedap la bun ni pastu saya ni apa lagi kan, pantang merasa benda baru mulala dok mikior macam mana bun ni dihasilkan...apa benda nak letak kat bun ni sampai dia rasa sedap macam ni hehehe.....

Beberapa hari kemudian bila rasa bahan masakan pun lengkap, saya pun memulakan proses pembikinan roti. Nak tunggu buat roti ni masa weekend memang tak sempat sebab busy sangat, saya mula uli tepung time lunch hour. Memandangkan saya puasa ganti time tu, balik rumah takla macam biasa makan sesambil tengok tv tapi terusla campur adunan...dan uli tepung....tunggu balik keja tengok tepung ni naik 2 kali ganda uhuuuu best sangat jangan kata membukit tapi mengunung dah ni hehehe.....meh tengok step by step the making of....

 Sediakan 500g high protein flour(guna tepung gandum pun boleh tapi tepung high protein ni mempunyai keanjalan yang tinggi bila bercampur dengan yis, lebih sesuai digunakan untuk menguli)+100g sugar, kalau boleh kacau sebati. 
Dalam bowl yang lain sediakan 250ml susu low fat milk(guna full cream lagi sedap tapi saya ni mengira kalori jadi pakai low fat jela) +1 big pinch of sugar+1 sacket@11g yis, campurkan bahan-bahan tu sampai yis dah berbuih baru masukkan sebiji telur yang telah di-beat dalam yis tu sampai buih tu naik lagi banyak. Biarkan selama 5-10minit (tujuan saya campurkan gula dan telur dalam yis tu ialah gula dan telur tu umpama makanan bagi yis, sebelum nak uli yis ni, saya bagi dia makan kenyang-kenyang dulu, jangan sesekali letak garam masa yis nak membiak sebab garam akan membantutkan proses kulat ni membiak)
 
 Uli sehingga sebati selama 15 minit atau sehingga smooth selepas mencampurkan tepung dan yis. Selepas tu masukkan 90g butter (potong kecil-kecil supaya senang nak knead). Uli lagi adunan selama 15 minit or sehingga stretchable.
 
 Time ni saya coverkan adunan ni dengan tuala basah sebab jam pun dah nak menghampiri pukul 2petang, masa nak masuk keja balik. Saya biarkan dia naik sampai pukul 5ptg pulak. Sepatutnya biar dalam 45minit je tapi nak buat macam mana kalut nak masuk opis balik ni

 Balik keja terus buka towel lembap tadi, tadaaa....dah naik pun tapi lupa lak nak letak dough softeners.
 
Hehehehe saya baru letak 1sudu teh dough softeners dalam adunan ni dan punch  selama 1minit dan biarkan selama sejam. Agak-agakla kan nak solat, mandi dan siap-siap untuk berbuka pulak. Masa sungguh berharga kan......
 
 Sementara tu jugak, saya prepare bahan nak buat filling dia. Bukan senang tau nak dapatkan resepi filling ni, saya ambik dari blog minah jepun ni tapi di alih bahasa dari jepun ke english pulak.

 
 100g cream cheese+2tbsp sugar dipukul sehingga sebati atau formed, whisk je takyah pakai mixer. Kemudian pukul sebiji telur dan masukkan sikit-sikit dalam 1/3 at a time and mix well before adding the next portion
 
 Dalam bowl yang lain, masukkan 2tbsp tepung kek or tepung gandum bersama 100ml susu low fat yang suam, mix well dengan adunan cheese tadi
 
 Adunan cheese tapi masukkan dalam microwave selama 2minit dan kemudian whisk dan masukkan lagi sekali dalam microwave selama 2minit. Kemudian whisk sekali lagi sehingga dia jadi smooth paste dan masukkan 2tsp lemon juice dan 2tsp butter, whisk lagi sehingga sebati dan chill dalam refrigerator
 
 Tudia uli punya uli sampai naik sakit-sakit jari jemari, dia pun naik dengan bebasnya sehingga penuh mangkuk ni...time ni gembira bangat leh teruskan dengan aktiviti berikutnya
 
 Ok kita mulakan proses memfillingkan cheese dan buah aprikot dan prune dalam roti. Masa ni cheese masih separa beku jadi elok sangatla buat bulat-bulat macam biji guli sebab bila dah panas dia jadi lembik dah susah nak buat bulat
 
 Roti ni saya agak nak buat kecik-kecik je senang nak makan dan bawak bekal buat breakfast ke opis esok pagi
 
 Mula-mula saya cubit roti dan bentukan bulat dan tekan jadi leper. Kemudian saya letakkan cheese dulu dan baru letak buah prune dan aprikot. Kemudian saya balut macam gambar kat atas ni
 
Saya bakar dengan suhu 160C selama 20minit tapi dah jadi gelap sangat pulak, next time kena bakar dalam 15-18minit je.
 Bahan dan caranya boleh klik sini
Selamat mencuba

Tiada ulasan: