Sabtu, 20 Ogos 2011

Curry Spaghetti


Ramai kawan-kawan saya dah complain blog saya ni banyak makanan western je. Itula objektifnya blog masak saya ni nak tunjuk makanan yang jarang jumpa kat kedai makan belakang rumah ni hehehe bila masa ada kedai makan kat belakang rumah tah

Kali ni nak buat fusion food la sebab beras tak dah nak masak, mi pun takdak cuma ada spaghetti je. Kiranya ni 1st time nak try makan spaghetti curry ni

Resepi kari rujuk kat Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti yang belum direbus
2 batang jejari ketam
1 keping dada ayam
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar cili kisar
1 pelepah daun kari
1 cawan susu low fat
2 cawan air
1 1/2 camca besar pes kari (boleh rujuk di sini...)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus spaghetti dalam air mendidih bergaram hingga lembut. toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, daun kari dan cili kisar hingga harum, masukkan pes kari dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang air dan biar mendidih.
  3. Masukkan sayur-sayuran seperti tomato, carrot dan sawi.
  4. Tambah low fat milk, dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  5. Isikan spaghetti tadi dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama bahan lain.

Ok rasanya boleh tahan jugak, boleh cuba lagi next time

Tiada ulasan: