Khamis, 18 Ogos 2011

Meat Pie

Memang dah lama teringin nak buat chicken pot pie dan chicken pie. Nak buat chicken pot pie kena ada pot tapi saya tak ada la pulak pot kan hurmmm....daging cincang je ada sekarang. Nampak gayanya dari chicken pie nak berubah nama jadi meat la pulak. Resepi ni saya ambil dari buku masakan chef Wan Mengelilingi Dunia bertajuk Chicken Pie Mary Ann dan Food Network Alton Brown dalam Good Eat. Resepi ni saya balik keja baru nak sediakan bahan semua, orang azan maghrib minum air kosong dengan kurma dulu sebab meat pie tak masak lagi huhhuhuhu.....plan last minit macam nila jadinya.

Ini bahan asas nak menyediakan meat pie. Saya guna frozen pastry, daging cincang, carrot (potong dadu), potato (potong dadu), onion (potong dadu) dan shitakei mushroom 

Lain-lain bahan saya gunakan susu low fat, telur, mustard, rempah thyme, bay leave, oregano, cayenne pepper, sweet paprika, serbuk pala, lada hitam dan garam.
 Saya tunjukkan gambar rempah-rempah yang saya selalu guna sebab kawan-kawan saya selalu cakap tak jumpa pun bahan pelik-pelik hehehe tak pelikla tapi tak biasa kita guna dalam masakan melayu sebenarnya.
Ini serbuk cayenne, agak pedas berbanding serbuk paprika. Giada pernah masukkan serbuk cayenne dalam aiskrim coklat hehehe leh try gak nak tau apa rasanya.

Ini daun Thyme, saya suka rasa dia sebab tu kebanyakan masakan saya ada daun thyme

Daun oregano ni tak letak pun tak apa. Oregano ni biasanya letak dalam pasta

Serbuk paprika ni saya suka letak dalam ayam tapi saja nak masukkan dalam ni sekali

Mula-mula saya panaskan kuali dan masukkan minyak canola dan sedikit butter. Saya letakkan 2 sudu tepung gandung dalam minyak ni dan kacau sehingga butter dan tepung ni bertukar warna keperangan dan pekat. Kemudian baru saya masukkan semua bahan termasuk susu low fat ni. Kalau nampak pekat sangat sampai takleh nak kacau leh letakkan air sikit. Bila potato dah lembut baru tutup api dan biarkan sejuk seketika.
Sementara tu sediakan tempat nak mencanai pastry ni.

Saya potong pastry kepada 4segi dan letak inti. Keliling pastry saya letakkan telur supaya senang nak melekat masa nak lipat nanti

Kemudian saya tekan dengan garfu pulak dan cucuk atas pastry supaya masa masak dalam oven, wap dalam pastry leh keluar. Kalau tak cucuk nanti pie ni akan berair kat dalam

Buat lebih sikit leh sedekah kat jiran-jiran di bulan Ramadhan ni. Jiran keliling rumah jela takkan nak langkau bagi jiran yang jauh pulak hehehehe......

Tengok tu dah pukul 7pm baru nak preheat oven. Saya bakar meat pie ni dalam 15minit je.

Ini last inti yang tinggal, nak buat ala-ala meat pot pie
Meat pot pie saya agak hangit kat lapisan atasnya. Tapi leh makan lagi


Saya pakai frozen pastry tapi kalau nak buat sendiri leh layan resepi kat bawah ni:
Pastri:
400 gm mentega
500 gm tepung gandum
100 gm tairu biasa (plain yoghurt)
2 sudu teh gula
2 biji kuning telur
secubit garam

Cara
Masukkan semua bahan ke dalam sebuah bekas yg besar kecuali tairu. Gaul rata sehingga bahan menyerupai ‘breadcrumbs’. Kemudian, masukkan tairu dan uli sehingga menjadi adunan yg lembut. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk kira-kira 30 minit hingga 1 jam sebelum digunakan.

Inti:
2 biji kentang (potong dadu)
1 batang lobak merah (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
cendawan shitakei (potong 4)
250 gm isi daging cincang
2 sudu tepung gandum
150ml susu low fat milk
1-2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
1/2 sudu teh serbuk buah pala (optional)
Rempah-rempah seperti dalam gambar di atas
secukup lada putih / lada hitam.
minyak canola
butter
1 biji kuning telur + 2 sudu besar susu segar (utk sapu atas permukaan pie)

Cara
1) Panaskan minyak dan butter dalam kuali dan masukkan tepung gandum. Kacau sehingga pekat dan keperangan. Masukkan bawang besar, isi daging dan kacau sebentar sehingga agak masak.
2) Seterusnya, masukkan cendawan, kentang, lobak, dan rempah-rempah. Kacau hingga sebati lalu bubuh garam, gula, lada putih/hitam & serbuk buah pala. Kalau bahan agak kering, bubuh sedikit air dan gaul lagi.
3) Kemudian matikan api dan biarkan seketika
 
Cara Membuat Pie
Keluarkan adunan dari peti sejuk lalu dicanai. Anda boleh buat pie mengikut saiz yg anda suka. Setelah adunan dicanai, terapkan dan bubuh ke dalam acuan pie lalu ratakan. Cucuk2 sedikit adunan di dasar acuan. Kemudian, isikan dgn intinya dan tutuplah acuan pie ini dgn sekeping lagi adunan yg telah dicanai. Cucuk2 lagi di permukaannya dan sapukan dgn kuning telur. Bakar dalam oven dgn suhu 180C selama kira-kira 30 minit.

Nota:
1. Anda boleh juga masukkan telur rebus ke dalam inti pie ini. Kalau gunakan telur ayam, setelah direbus, dipotong ke beberpa bahagian kecil. Boleh juga digunakan telur burung.
2. Anda boleh gantikan jagung, kcg peas & lobak dgn sayur campur (mixed vege) dgn sukatan yg lebih kurang sama.

Tiada ulasan: