Jumaat, 30 Disember 2011

All America Chocolate Cake

Salam sejahtera...salam selamat....salam akhir tahun...salam tahun baru....
Adus dah sakit kepala dengan kerja-kerja menimbun di akhir tahun. Kerja makin bertambah bila baru-baru ni saya cuti sakit dan tak masuk ofis minggu lepas. Hahaha...masa semakin berharga ni. Masa terluang pun sangat-sangat bernilai. Naik gila kejap bila tak menang tangan dan terpaksala buat muka sekupang minta tolong orang lain bantu sama.

Meh layan nafsu makan jap dan sangat-sangat best makan bila nak relaxkan diri dari kesibukan kerja seharian ni. Kek saya buat ni namanya All America Choc yang saya belikan tepung kek segera di kedai kek baru-baru ni. Balik rumah ikut je arahan belakang plastik kek ni dan siap. Nak pulak menambah-nambahkan rasa coklat yang devil ni saya toppingkan kek ni dengan marshmallow cair+coklat masakan+susu segar+nescafe....ha hambik ko nak sangat keghairahan makan coklat. Perkataan diet dan gemuk dalam kepala otak lemparkan jauh-jauh agar kita makan dengan nikmat tanpa rasa bersalah pada diri sendiri.

Entry ni sebenarnya banyak kali iklan. Taip satu ayat berenti kejap sambung esok taip satu ayat berenti lagi, adoila agaknya seminggu kot nak siap satu entry pun. Penatnya hari-hari di akhir tahun 2011 ni nak bernyawa pun semput-semput ni. Pernah jugak terfikir nak berenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa tapi bila fikir masak-masak saya rasa lebih baik saya kerja sebab saya ni seorang yang tak boleh duduk diam mesti nak buat sesuatu yang inovatif pada diri sendiri....inovatif ka?inovatifla sangat.
Pernah tak dengar teka-teki opening?Dulu masa kecik-kecik suka benar main teka-teki, teka-teki ni mereka sendiri dan best gila suruh orang meneka-neka. Teka-teki opening ni ceritanya begini, ada sorang mamat ni namanya Ali. Bapak Ali ni kawin dengan omputih yang tak paham bahasa melayu. Kebetulan si Ali ni kuar rumah lupa nak bawak kunci rumah. Rumah Ali berkunci dari dalam dan cuma ada mak tiri dia je kat rumah. Macam mana dia nak panggil mak tiri dia buka pintu rumah?ha cer teka hehehehe.....
Jawapannya si Ali ni lari pusing-pusing rumah sampai pening dan akibat pening kepala, si Ali ni teriak kata "Oh Pening...oh pening....oh pening", kemudian mak tirinya pun bukala pintu rumah kat Ali. Begitula teka-teki yang direka oleh budak berumur 5 tahun. Kaitan antara teka-teki ni adalah sekarang tersangatla pening dengan kerja-kerja hujung tahun dan tetiba teka-teki ni terlintas di kepala otak sekarang ni hehehehe.....iklan jap. Bila kenang balik memang macam-macam permainan yang direka sendiri untuk main. Kenapa la zaman budak-budak ni 24/7 kerja nak main je?sebab masa tu otak terbeban dengan tanggungjawab dan hal-hal lain. Rupanya budak sekarang tak kretif dah la sebab semua game ada depan mata...minta je game PS, komputer, theme park. Semua game dah tersedia untuk main, tak payah susah-susah nak reka game untuk main.

A recipe for All-American Chocolate Cake. Follow the simple recipe instructions for All-American Chocolate Cake shared by other home cooking experts.

Ingredients
4 oz chocolate, unsweetened 1 cup shortening, or 1/2 lb. butter
2 Tsp. vanilla
2 cup flour
2 cup sugar
1 1/2 Tsp. baking powder
1 Tsp. baking soda
1 Tsp. salt
1 cup milk
4 each eggs

Directions
Directions: Preheat oven to 350 degrees. In a small, heavy-bottomed pan, melt chocolate and shortening, stirring over low heat until smooth and melted. Remove from heat and stir in vanilla. In large bowl, combine flour, sugar, baking powder, baking soda and salt. Add chocolate mixture, milk and eggs, beating until smooth. Spread mixture in two greased and floured 9 inch round cake pans.
Bake for 30 to 35 minutes or until toothpick inserted in center of cake comes out clean. Cool in pans 5 minutes before turning out onto wire rack.
Tu dia resepi yang dicopy paste kan, senang cita kan hehehehe....

Tiada ulasan: