Ahad, 12 Februari 2012

The Manthattan Fish Market

Jalan-jalan makan besar kat TMFM dekat The Curve. Sebenarnya datang curve ni nak tengok wayang cerita Mission Impossible lakonan x-boyfren hehehhe sapa lagi kalau bukan Tom Cruise. Ala dolu-dolu zaman Tom bujang tak kawen dengan Kate lagi tu, kami couple tapi cinta tulus dirampas oleh Kate...aduh...sedih sekali hahahaha....apa aku merepek ni, kang mr.soulmate baca ini entry mau zap zap...pancung itu kapala.

Dinner ni saja nak belanja mr.soulmate sempena untung bisnes kek sangat memberasangkan. Memang murah rezekila kalau buat bisnes kat opis ni sebab ramai customer. Yela kedudukan opis ni kan agak terpencil...nama je area Klang Valley tapi nak ke kedai kek pun mau kena tol dulu. Nak gerak sikit jammed la tol la minyak keta lagi...kos semua tu, tapi kalau order kat colleague senang je. Balik keja pukul 5petang dah boleh dapat kek.

Ha tudia spesel dak, mau bakar depan muka lagi. Nasibla api tu tak sambar rambut kang hangus lak.
Layanla gambar-gambar bawah ni zassss.....



Kalau nak tau menu-menu dan harga boleh klik official web dia,http://manhattanfishmarket.com/my/menu-avenue.html


Ha memang perut naga kan...makan berdua je, hidangan sepenuh-penuh meja. Habis beratus jugak la semua hidangan ni.

Memandangkan masa order bernafsukan tut...maka, makanan berlebihan ni tapau bawak balik le...lalalalalala..

Tiada ulasan: