Ahad, 8 April 2012

Small party with friends

Meh makan-makan lagi. Tetiba cek kat blog ada entry ni rupanya tak publish lagi, dok simpan gambar je dalam edit post. Ok la... ini time saya dan mr.soulmate buat makan-makan jemput kawan-kawan yang selalu lepak bersama-sama kat kopitiam, tengok wayang setiap minggu, berkarok setiap kali beli voucher kat groupon, bershopping dan lain-lain lagi la. Sedih pula bila saya dan mr.soulmate dah berpindah ke utara, takla kerap sangat kami nak berkumpul lepakking sama-sama. Tak la banyak mana pun buat makan-makan cuma saja nak ajak kawan-kawan lepak kat rumah sambil layan movie pula lepas makan. Gambar kat atas tu, chocolate brownies resepi racheal ray dalam majalah everyday. Suka gak baca majalah ni sebab banyak info makanan dan kesihatan.

Gambar atas ni pula ayam panggang dijon  mustard, entry sebelum ni ayam dipanggang atas pan tapi kali ni ayam dipanggang dan diwrap dgn aluminium foil dalam oven. So kali ni ayam ni lebih berjuicy. Ini resepi ciptaan sendiri jugak sebab nak habiskan dijon mustard yang dah lama beli tersimpan dalam peti sejuk. Sebelum dia x-pired lebih baik do something creative to eat hehehe.

Gambar kat atas pula spaghetti agli e olio yang sangat popular dalam blog ni. Spaghetti ni puas hati kalau buat sendiri daripada makan kat pizza hut sebab sorry la bukan nak mengutuk pizza hut tapi gambar dan makanan yang  dihidang pada customer memang berbeza. Dengan rasa pun tawar dan kesimpulannya spaghetti agli e olio pizza hut memang out of my taste. Kalau nak komersialkan makanan pun biarla sedap dimakan.

Inilah hidangan kecil-kecilan. Air kat belakang tu saya campurkan ais krim soda bersama kodial passionfruit. Boleh tahan sedap jugak inovasi antara ais krim soda dan kodial jus.

Tak lengkap pula kalau tak ada dessert kan ehem ehem.....inila dessert yang paling best saya cuba setakat ni. Inilah Strawberry Yogurt Cheesecake. Buat berulang kali pun tak jemu sebab sedap. Buat pula letak dalam cawan yang cumil-cumil lagila tempting.

Sejak berpindah randah ni ada juga suara-suara yang minta saya dan mr.soulmate buat house warming. Memang nak buat tapi sekarang barang-barang dari Shah Alam tak berangkut sepenuhnya lagi. Kalau selesai semua urusan pindah barang-barang ni bolehla buat party lagi. Bestnya buat makan-makan...

Tiada ulasan: