Sabtu, 23 Mac 2013

Low Cost Budget Langkawi

Lagi jalan-jalan makan angin, permintaan kawan-kawan sekelas yang nak berehat dan berjemur tepi pantai ala-ala mat saleh dan mencuci mata tepi pantai tengok mat saleh berjemur kan hahahaha....

Memandangkan memasing nak bercuti ala-ala kat obersea best tapi nak limit budget so kali ni saya nak senarai budget yang sangat ciput tapi boleh cover tempat-tempat best di dalam MALAYSIA yang penting di negeriku sendiri.

Mungkin pengalaman low cost budget ni boleh dikongsi bersama....enjoy reading...yeah!!


Khamis (day 1) 

12pm: 
Habis je kelas maka kami pun berpeking baju dan terus ke Kuala Kedah sebab kami akan menaiki jeti dari Kuala Kedah ke Langkawi yang mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Kalau laut bergelora selalunya lamala sikit perjalanan.

Sampai je kat terminal feri Langkawi memang ramai yang bagi name card untuk sewa kereta dan sebagainya tapi kami menolak sebabnya kami jalan terus ke tempat kereta sewa kat luar kawasan terminal iaitu kat seberang jalan. Kena jalan jauh sikit tapi tak jauh mana pun sebab kalau ambik kereta terus kat kedai tu lebih murah berbanding ambik kat terminal sebabnya lagi kalau kita jalan terus ke kedai dia takdakla komisen kat orang-orang bagi name card tu. Kalau takdak komisen makanya harga kereta sewa harusla lebih murah kan. Itu jela sebabnya nak murah je. Gambar kat bawah tula kereta sewa yang kami ambik dengan sewanya sehari RM80 dan minyak separuh tank hehehe syukur leh save minyak. Oh ya kalau datang Langkawi waktu low season boleh bargain lagi harga sebiji vios ni RM50 sehari. Sebelum ni saya dapat vios sehari RM50 tapi sebab kali ni ramai so budget boleh share ramai-ramai, RM80 kira okla juga sebab kereta ni baru lagi.

3.00pm:
Lepas ambik kereta semua kami pun meneruskan perjalanan ke tempat penginapan. Saya and mr.soulmate menginap di Awana dan 4lagi member memilih menginap di Pantai Chenang sebab kawasan ni 24jam meriah dan paling penting bak kata kawan saya sesambil cuci mata lagi. Kawan-kawan saya memilih menginap di Grand Beach Motel dengan harga RM50 semalam.  
 
 Gambar kat atas tula bilik penginapan, abaikan 2 orang pompuan dalam gambar tu. Bilik ni berbentuk rumah kampung kayu dan jiran-jiran kiri kanan depan belakang semuanya mat saleh, wow...boleh cuci mata lagi. Sangat berbaloi kan sebijik rumah tu semalam RM50.

 Part paling best penginapan ni adalah betul-betul tepi pantai chenang. Buka-buka pintu boleh terjun laut mandi manda. Beginila suasananya belakang rumah-rumah kayu grand beach motel ni. Pantai Chenang ni boleh nampak sunset dan memandangkan sekarang ni musim panas, matahari nampak lebih besar daripada biasa.

Total Expenses Day 1:
Feri from Kuala Kedah to Langkawi = RM23
Sewa kereta sehari = RM80 (bahagi 6 org) = RM13.33
Grand Beach Motel = RM50 (bahagi 4 org) = RM12.50
TOTAL per person = RM 48.83


Jumaat, day 2
 
Good morning.....cuaca yang baik untuk memulakan aktiviti hari ini. Gambar ni saya ambik dari balkoni bilik.
Mulakan pagi dengan minum kopi secawan sambil menikmati sunrise. Banyak nak buat aktiviti hari ni dan jangan lupa lumurkan skin dengan sunblock bagai sebab sepanjang hari nak bermain pantai je atau perkataan lain nak bakarkan kulit di bawah matahari nan terik.


Aktiviti pagi ni bermula dengan island hopping. Kami bayar seorang untuk RM30 untuk island hopping ni sebab ambik kat Awana tapi kalau bot dari Chenang boleh dapat harga RM25 seorang. 
Dari port kat Awana, boat ni melalui pulau bunting. Uniknya pulau bunting ni adalah bentuk pulau ni menyerupai wanita mengandung dan berbaring.

 Kemudian boat yang kami naik ni berhenti di Tasik Dayang Bunting. Semua muka teruja sebab nak mandi manda la katakan.

 Sebelum nak jumpa tasik tu kena redah hutan dulu. Banyak la monyet-monyet liar kat sini dan hati-hati sesapa yang bawa plastik bag sebab monyet ni akan rampas plastik bag sebab dia ingatkan ada makanan dalam bag tu. Contohnya seperti gambar di atas, ini salah seorang pengunjung yang kena serang dek monyet maka jadila konsert jeritan ala-ala tarzan dalam hutan ni. Monyet ni sebenarnya dah biasa dengan kehadiran manusia di sini, dia bukanla serang cuma dia cuba nak tarik larikan bag plastik kat tangan kita je.

 Setelah melalui jalan yang berbukit-bukit dan serangan monyet di tengah jalan, akhirnya dapat bermain air. Mood takut bertukar jadi mood happy.


 
 Lebih kurang sejam lebih kami pun gerak ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Singa Besar. Pulau ni adalah sarang burung helang dan kawasan di mana pengunjung bagi makanan sendiri kat helang-helang di sini. Helang kat sini pun dah friendly dah sebab dah biasa dengan pengunjung cuma hati-hati jela kalau nak feed dia sebab kuku dia tajam sangat.

 Semua pengunjung ni macam rombongan cik kiah juga. Ramai-ramai berhenti kat tasik dayang bunting pastu ramai-ramai tinggalkan tempat tu dan next destination pun macam tu juga ramai-ramai berhenti dan ramai-ramai tinggalkan tempat tu dalam masa yang sama.

 Kemudian selepas bagi helang makan, ramai-ramai berhenti kat Pulau Beras Basah mandi laut pula. Pantai ni memang putih bersih dan air lautnya pula jernih sampai masa mandi pun nampak ikan-ikan berenang kat sekeliling.


 Habis mandi manda kami pun balik. Kiranya lebih kurang 3-4jam aktiviti island hopping ni. Lepas buat island hopping kami pun balik bilik, rehat+solat+makan kemudian aktiviti roadtrip pusing pulau pula diteruskan.

Destinasi roadtrip yang pertama ialah Durian Perangin Waterfall. Tibanya kat sini hujan turun renyai-renyai maka tak dok lama terus ke destinasi seterusnya pula.



Seterusnya pula di Pantai Tanjung Rhu. Seronok sebab air yang jernih.....yes i am JAKUN!!!

Selepas tu ke Pantai Pasir Hitam.

Pantai seterusnya pula ialah Pantai Pasir Tengkorak. Monyet banyak juga kat sini dan sangat friendly tapi bila keluarkan camera nak ambik gambar semua palingkan muka atau lari. Tak sangka camera shy rupanya.

Dinner malam ni kami memilih makan di Restoran Nelayan dekat je dengan kuah tapi jalan arah ke Chenang.

Kenyang perut suka hati lalalala.....seterusnya malam ni kami menikmati malam yang indah di Dataran Lang.

Total Expenses Day 2:
Sewa kereta sehari = RM80 (bahagi 6 org) = RM13.33
Grand Beach Motel = RM50 (bahagi 4 org) = RM12.50
Minyak kereta = RM55 (bahagi 6 org) = RM9.20
Island Hopping = RM25
TOTAL per person = RM60.03


Sabtu, day 3
Hari terakhir di sini dan keterujaan masih tergambar di muka bila pagi ni kami nak daki gunung dengan cable car. Masa beli tiket cable car jangan lupa tunjukkan ic bagi warganegara Malaysia bagi mendapatkan diskaun sehingga 50%. Tiket cable car seorang RM15.
 
 Sesapa yang gayat sila menguji atau mencabar katakutan memasing bila naik cable car ni. Tapi percayala mula-mula je kot macam cuak tapi bila nampak the whole Langkawi dengan pantai dan air yang membiru, subhanallah tiada kata-kata dapat diucapkan.
Jangan lupa untuk mencuba bridge ni juga, awesome.
Apa-apa pun saya terjumpa bridge ni dalam oddee iaitu one of the world's most extreme bridges. 

 

Pulau Langkawi's Suspended Bridge (Malaysia)

Pulau Langkawi's Suspended Bridge (Malaysia)
This sky bridge spans around the gorge on Pulau Langkawi, which is the largest island in the Langkawi archipelago, Malaysia. It's suspended at 687 m above sea level, offering magnificent views of the Andaman Sea and Thailand's Tarutao Island. The view from the bridge is really breathtaking – its curves provide different perspectives of the landscapes. The Sky Bridge is one of the most spectacular bridges in the world that delivers quite a pump of adrenaline. This unique cable-stayed bridge is suspended by only one support column. This 95-yard column is held up by 8 load-balancing cables. The curved pedestrian bridge spans 125 m across a spectacular chasm. The bridge is 136 yards long and 2 yards wide. The 1.8 m-wide Sky Bridge had two 3.6 m-wide triangular platforms that provided a spectacular viewing area for visitors. And remember when in the front of the bridge, you are standing 687 m above sea level.
(Link)



Seterusnya destinasi kami ialah shopping time di  Haji Ismail Group di Kuah. Shopping chocolate saja sebab murah, tax free.

Total Expenses Day 3:
Sewa kereta sehari = RM80 (bahagi 6 org) = RM13.33
Cable car = RM15
Feri Langkawi - Kuala Kedah = RM23
TOTAL per person = RM51.33


Sekian sudah roadtrip 3 hari 2 malam di Langkawi. Next month ke jeng jeng jeng.....

All expenses:
Day 1 = RM48.83
Day 2 = RM60.03
Day 3 = RM51.33
TOTAL = RM160.19

9 ulasan:

adda syuhada berkata...

bestnya g langkawii..

Hafirdaus berkata...

Betul....sebelum nak melancong nak tengok tempat orang kat luar negara baik pusing satu Malaysia dulu sebab kat dalam Malaysia pun banyak tempat cantik-cantik.

jijie berkata...

hi sis.nak tnya no phone @ detail kedai sewa kereta tu ada tak?sgt murah n kami x pernah dpt harga tu wpun pegi time low season :'(.thanks.

Hafirdaus berkata...

macam akak cakap awal2 perenggan tu, dari terminal feri kena pergi sendiri kat tempat diorang simpan keta banyak2 kat luar seberang jalan tu. Kat situ kita leh bargain dengan orang yang jaga keta kat situ, boleh dapat harga murah. Jangan hiraukan orang yang offer kat terminal feri tu tapi cari sendiri kat kedai kereta sewa tu. dekat je jalan kaki sebab kat seberang jalan je

Dairi Sally berkata...

seronoknye tgk laut pantai cenang tu,kebetulan anak sulung akak buat praktikal kat pelangi meritus resort di pantai cenang ni skrg. akak tak pernah pergi langkawi.bestnye dpt sewa kereta dan motel murah2 kat sini.

Hafirdaus berkata...

boleh dapat harga murah time bukan cuti sekolah dan public holiday

Unknown berkata...

Noor hafirdaus..boleh sy dapat kan no hotel grand beach motel tu??

Hafirdaus berkata...

saya tak ada no hotel tu. Cer google tengok

Unknown berkata...

Blh dptkn n0 h0tel grand beach