Sabtu, 3 Ogos 2013

Barefoot Travel Korea Day 3, part 1 # UDO ISLAND

Sekian lama berbulan jugak ye saya tak update blog ni. Cerita pasal korea pun tak habis lagi. Tak kisah la kot sebab saya bukan ada pembaca sangat dalam blog ni. 


Berbalik pada pengalaman di Pulau Jeju. Sampai je di bumi jeju kami naik bus dan berhenti kat perhentian yang terdekat dengan hotel. Driver bus Jeju ni bawa bus memang laju sangat dan suka break mengejut rasa nak tercabut jantung. Bila ada kereta yang bawa terhegeh-hegeh sikit mulala hon sepanjang masa. Ajushi kat sini memang garang tau, mana tah sopan santun yang dunia nampak dalam tv ni. Walaupun dia garang dengan orang korea tapi dengan kami dua dia baik dan masa nak turun dia pesan suruh kami ambik teksi pula ke hotel. Masa kami turun bus tu agak terpinga-pinga juga la nak cari teksi terutamanya yang boleh paham english, tak pandai cakap xpa janji boleh paham dah cukup baik. Teksi yang ke-3 tanya paham hotel yang kami nak menginap, alhamdulillah. 


Rupanya dari hentian bus dengan hotel tu dekat sangat dalam 3minit dalam teksi dah sampai kat depan hotel ni. Staf kat kaunter ni sangat peramah dan yang paling best dia fasih berbahasa english. Bila berada kat Korea ni kalau jumpa orang yang boleh bertutur english sangat menakjubkan la hehehe. Terkejut sangat tengok bilik dia yang cantik, selesa dan murah sangat kot. Harga bilik dia macam harga hotel 1 star kat MALAYSIA tapi keadaan bilik macam 5 star kat MALAYSIA. Bila masuk bilik ni ada lagi 2pintu kat depan. Pintu sebelah kanan adalah bilik tidur dan pintu sebelah kiri adalah bilik air. Bagus juga ada ruang di antara bilik tidur dan toilet. Hotel ni ada pemanas kat lantai lagi moden dari Australia la tapi bila nak tidur terasa panas la pulak kena buka tingkap sikit bagi ekon semulajadi dari luar masuk sikit. Wifi adalah free dan tersangat laju sampaikan henpon ni tak henti2 dok update software. Memang puas hati menginap di Hotel Feliz Telcon Goodstay, Seogwipo. 


Pagi ni kat Pulau Jeju barula nampak sikit rupanya sebab semalam sampai pun dah malam tak nampak apa pun. Rupanya bilik saya agak tinggi juga dan boleh nampak view dan bumbung-bumbung flat kat depan hotel ni. Memang style rumah kat sini mesti ada flat rooftop untuk sidai baju or tempat lepak. Kualiti udara di sini jauh lebih bersih dan nyaman berbanding kat Seoul. Saya memang sensitif sikit dengan kualiti udara sebab masa saya tinggal kat Klang Valley saya sering sangat sakit sampaikan kena pasang penapis udara dalam rumah. Tapi bila saya sekarang tinggal dalam 'hutan' ni dah jarang sakit dah. Ok papapun udara kat Jeju ni memang best.

Breakfast pagi ni panaskan ayam masak merah brahim dalam kettle dan makan dengan roti yang beli kat Itaewon semalam. Hotel ni sediakan kopi, tea, jus grape dan jus apple dalam bilik. Dalam peti ais pun ada air kosong. Air tu semua adalah secara percuma or including harga bilik semalam yang tak sampai seratus ringgit ni. Berbaloi kan. Tune hotel kat LCCT pun semalam harga RM180 dengan air-con pun limited.


So pagi ni memandangkan hari ni hari terakhir festival canola kat pulau U or U-do (nama localnya). 'Do' dalam bahasa korea maksudnya pulau, samala Jeju-do. Saya pun cadangkan kat mr.soulmate untuk naik bus ke arah timur Jeju. Seongwipo ni terletak di selatan Jeju. Jaraknya agak jauh sebenarnya dalam 50km juga dari hotel. Staf hotel sangat baik tu dengan tulis direction pergi dan pulang ke Udo dalam bahasa korea. Kami pun ikut je direction dia ke bus stop sebab nak naik bus ke arah timur. Sebelum sampai di bus stop tu ada kedai macam 7eleven dan saya beli kopi dalam cup yang gila punya sedap kalah starbucks. Kopi tu sedap gila, memang penggemar kopi mesti try kopi korea.


Bus yang dinantikan pun tiba, dengan guna bahasa korea yang dicatatkan oleh staf hotel tadi, driver bus faham di mana destinasi kami nak turun. Kami guna T-money je dan tambangnya tak ingat tapi berapa sen jela. 


Bunga canola ni kat tepi jalan dan ramai orang berhenti kat sini ambik gambar dan siap ada palang love lagi ha, soweet. Sebenarnya walaupun dalam bus ada pemanas tapi saya suka ambil udara luar dan saya sengaja buka tingkap, lagi satu sebab nak ambil gambar la kan. Sebenarnya bus ni melalui ladang-ladang limau yang famous kat Jeju ni dan baunya mashaallah tak dapat nak gambarkan keharumannya, wangi sangat. Rumah-rumah kat Jeju pun wajib tanam pokok limau kat halaman rumah masing-masing serupa macam rumah-rumah kat kedah la mesti tanam pokok mango kat halaman rumah.


Kat roundabout ni diorang sibuk tanam pokok bunga, time spring kan memang banyak bunga cantik-cantik dan subur time ni. 


Akhirnya kami pun turunla kat perhentian mana pun tak tau, main redah ja. Turun-turun je dari bus dah nampak kedai bab itam ni, bau dia leh buat saya pengsan jap, kontra sungguh dengan bau limau tepi jalan tadi.


Kebanyakan penumpang yang turun kat sini nak pi ke arah bukit belakang tu. Itula Seongsan Ilchulbong Peak [UNESCO World Heritage] (성산일출봉). Memang saya nak ke sana tapi kalau boleh nak naik feri dulu nak ke pulau Udo nak join festival canola kat sana.


Akibatnya kami kena menapak dalam 3km jugakla untuk sampai ke feri terminal. Penat weh macam nak tercabut lutut ja. Apapun kena jadi positif kan dan sepanjang jalan tu keja dok bergambar je. Jalan kat sini lengang sangat tak dak kereta pun lalu lalang, tengok macam dalam gambar kat atas tu la.


Semua orang pun tau kan jeju ni berasal dari letusan gunung berapi dan lava gunung berapi ni bersepah terpelanting kat seluruh Jeju. Batu kat atas tu salah satu lava la. 

Saya perasan kat Jeju ni jugak banyak kedai comel-comel macam ni. Ini restoren seafood la agaknya sebab banyak hidupan laut yang masih hidup dalam akurium kat depan kedai tu.

Jalan dan jalan sampaila kami juga kat terminal feri ni. Nasibla kan tak sewa kereta kat Jeju ni maka kenala menapak.


Sebenarnya masa saya kat Korea ni banyak guna instinct sendiri ja, walaupun tak paham kebenda tulisan tu semua aka buta huruf tulisan Hangul, kami ikut je menonong beratur sama-sama dengan orang lain. Bila buka mulut nak tanya diorang ni, sorang pun tak paham english kan adoiyai..... 


Rupanya betulla sangkaan kami memang diorang beratur nak beli tiket feri ke Pulau Udo pun. Masa sampai kat kaunter tu semua penumpang diminta tulis nama, alamat dan telefon kat atas kertas dan kena submit masa nak bayar tiket tu. Tujuaannya kalau feri karam ka or jadi apa-apa adala maklumat kita kat diorang. Masalahnya borang tu semua dalam tulisan korea. Tercengang jugakla nak tulis nama kat belah mana, no fon kat mana dan alamat nak buh kat celah mana. Akhirnya adala sorang ajuma yang baik hati nampak kami macam bengong sangat, dia suruh kami tulis ja kat ruangan tu guna bahasa isyarat dan bahasa korea. Pahamla kami akhirnya....susah sungguh.


Berjayala kami naik feri ke Pulau Udo. Feri ni ada ruangan kat bahagian luar atau bahagian dalam duduk bersila ramai-ramai atas lantai dengan riuh rendah ajuma dan ajushi dok borak sambil makan kuaci hehehehe. Kami pun cari seat kat luar jela leh layan view laut. Mula-mula biasa jela sekali angin laut menerpa muka gigil kot, sejuk gila. Cuaca macam ni kalau takdak angin boleh je layan serupa cuaca atas genting ja tapi bila mai angin sejuk dia memang gila tak tahan sejuk dah.


Saya jakun sangat tengok burung ni sebab dia tak terbang, kedudukan dia statik je. Punyala jakun habis saya sebab kagum dengan ability dia melawan angin kuat laut ni dengan balance kan diri dia dok statik tak gerak mana, sayap pun dia tak kibar. Burung ni dok statik kat tepi feri macam ni sebab orang baling kacang kat dia, dia makan kacang rupanya.



Dalam 15 minit perjalanan maka sampaila kami kat pulau U. Do ni bermaksud pulau dalam bahasa korea. Tapi orang ramai cakap pulau udo ja. Pulau ni cantik sangat, airnya jernih sangat rasa macam dekat sangat dasar laut dengan permukaan air padahal tah berapa meter dalamnya.



Memandangkan angin laut yang kuat maka saya kena berbungkus ala-ala mumia la sebab angin laut ni sejuk sangat-sangat.


Macam biasala kan buta huruf campur takleh komunikasi ni, menonong jela menapak ke mana arah tujuan. Tengok orang lain beratur panjang, saya pun cakap kat mr. soulmate jomla beratur juga walaupun tak ketahuan punca. Sampai je turn kami nak beli tiket, kami kata nak pi karnival canola tu dan macam biasa juga diorang tak ketahuan bahasa apa kami cakap dan mujurla ada poster festival tu kat situ dan saya tunjuk poster tu n dia cakap dalam bahasa korea suruh kami cepat naik bus color biru  ni. Saya pun bolehla faham sikit bahasa korea dia cakap sebabnya walaupun dia cakap bahasa korea tapi ada gaya dan isyarat lengkap, maunya tak paham. Kalau tak paham buat-buat paham jela.


Driver bus tu walaupun sepatah pun tak reti english tapi dia paham kat mana destinasi kami sebab bus ni memang khas bawak orang dari jeti ke tempat festival tu. Ramai je orang jalan kaki sepanjang pantai sampai ke tempat festival tu tapi tak larat dah kaki nak melangkah menapak walaupun view cantik, layan view dalam bus ni pun jadila.

 Dah sampai pun tempat ditujui dan acara penting bagi orang korea adalah apa lagi kalau bukan makan. Diorang ni memang kuat makan okeh, terkejut tengok depa makan.

 Saya perasan kat pulau ni tak nampak orang melayu. Sebenarnya orang melayu ramai kat Korea ni, kat mana-mana tempat tumpuan pelancong mesti ada orang melayu.

Inila canolanya lagi luas dari kat tepi jalan tadi. Berkenalan pulak kami dengan orang-orang korea dan anaknya yang comel dan suka gelak ni.






Dah sakan bergambar posing semua kami pun meneruskan perjalanan nak naik feri balik ke Jeju.


Rasa bersalah sungguhla bergambar kat sini sebab sandar kat pagar batu  tetiba runtuh pula batu-batu kat situ, halamak ai rupanya batu-batu kat sini yang diorang buat pagar ni cuma susun macam tu je tak letak simen ke any glue tuk stick together. Pagar dah runtuh...LARI...........



Masa kami sampai kat jeti, feri pun dah sedia tunggu penumpang tapi kali ni kami tak naik kat jeti yang sama. Maksudnya jeti orang sampai dan orang berlepas bukan kat tempat yang sama. 


Kat atas feri nak balik Jeju sempat berkenalan dengan uncle ni. Walaupun dia tak pandai langsung cakap english tapi dia selamber je borak guna bahasa korea dengan kami dan saya pun dengan selambernya borak guna bahasa melayu dengan dia. Mr.soulmate keja dok gelakkan saya je sebab saya leh dok melayan cakap dengan bahasa yang takleh komunikasi pun. Sebenarnya saya pun dah fed up sebab diorang takleh nak paham n cakap english jadi sebab tu saya selamber je cakap kedah dengan diorang semua. Walaupun guna bahasa ayam dan itik tapi tengokla betapa rapatnya kami serupa dah kenai lama kan hahahaha....



Beriya sungguh dia nak ambil gambar kami dua, bukan camera kami je tapi guna camera dia juga ambil gambar kami. Macam artis kan hehehehe....yela bukan senang nak nampak muka melayu kat Udo ni kot.




Ok bye bye Udo kalau ada umur yang panjang kita berjumpa lagi. Selepas ni saya dan mr.soulmate mulakan pendakian yang sungguh mencabar kepala lutut ke Sunrise Peak Jeju: Seongsan Ilchulbong. Nantikan cerita saya seterusnya di Seongsan Ilchulbong pula.

Tiada ulasan: