Rabu, 4 September 2013

Strawberry Cake filling strawberry jam



Hari selasa lepas sempena besday girl Fira, maksu pun plan dengan mama dia nak buat kek sendiri. Tanya dia nak makan kek apa, dia kata nak kek strawberry sebab tahun lepas saya buat strawberry kek untuk adiknya kat entry di sini sebab tu kali ni dia minta kek stoberi jugak. Kek ni tak la secantik kek yang macam kat kedai tapi sebab air tangan maksu yang buat, suka tak terkatala besday girl.

Pagi tu dia n adik-adik ke sekolah, senangla sikit kerja maksu nak mengadun kek ni, kalau tidak pening kepala hotak sebab semua nak tolong. So besday party buat sebelah malam.


Mula-mula buat cupcakes je tapi nak jugala kek untuk potong2 kan so, maksu buat cupcakes n kek besar sebiji. Cupcakes ni maksu guna resepi buttermilk Chocolate. Disebabkan selalu sangat tengok masterchef australia n cupcakes war maka cupcakes ni nak buat special sikit. Maksu plan nak buat strawberry jam dan letak jam ni dalam cupcakes. Besar tak strawberry ni, sebesar strawberry maksu beli kat Denmark tahun lepas.


Strawberry jam ni mudah ja, potong strawberry kecik-kecik mix dengan gula dan sedikit perahan lemon or limau nipis. Sentiasa kacau atas api supaya jam tak hangit plak.


Cupcakes pula kena tebuk lubang supaya boleh letak filling strawberry dalam dia macam dalam gambar kat atas.


Lepas tu tutup balik kek ni. Jangn risau kalau terbonjol ke atas macam tu sebab lagipun kita kan nak letak frosting pulak.



Frosting ni maksu guna whipping cream saja tapi whipping cream yang maksu selalu guna takdak kat kedai so guna jenama lain. Rupanya whipping cream ni tak berapa nak peak dan terpaksala maksu letak gelatin dalam whipping cream ni. Oh ya dalam frosting ni maksu letak pewarna merah dan perisa strawberry sikit nak bagi ada bau strawberry dan color yang menarik.


Memandangkan frosting tak kental susahla sikit nak deco atas kek ni, agak huduh benarnya rupanya hehehehe



Petangnya sempat lagi maksu buat pizza untuk besday party. Ramai juga tetamu kenit2 yang riuh rendahkan suasana. Baik sungguh kawan2 dia bagi hadiah guna duit raya hehehe maklumla besday jatuh bulan syawal kan.




Majlis pun selesai bila semua kena tidur awai sebab esok nak pi sekolah pagi hehehe maksu pun tapau sikit kek bawa balik. Walaupun frosting ni rupanya huduh tapi tak sangka la whipping cream ni sedap, rasa macam ais krim pula. Lepas tu maksu pula dok menghabiskan frosting kek.

Tiada ulasan: