Khamis, 26 Februari 2015

Toyama : #14- Chasing The Sun Day 5


Konnichiwa!!!!

Memandangkan masih ada 3 jam sebelum matahari nak tenggelam, kami ambik kesempatan bersiar2. Tadi dari dalam bas dah nampak ada sungai, castle dan banyak bunga sakura masih merimbun mekar, tak macam kat Nagoya, sakura dah tak berapa nak ada sangat.

Keluar ja dari pintu hotel dah boleh nampak tram lalu lalang depan ni. Ada yang dah lama dan ada yang baru.

Memandangkan ramai yang menunggu tram yang baru, kami pun sama gak naik tram baru kaler hitam ni. Masa naik takyah bayar lagi, nanti nak turun baru bayar kat driver kat depan. Bayaran tram ni sorang 200yen.

Macam biasala kan kami pun taktau nak turun kat mana. So, perhentian yang pertama stop, kami pun ikut gerak hati turun la kat sini ja. Lagipun kami rasa lagi best jalan kaki kot rayau2 daripada naik tram.

Instinct musafir kan, memang betulla ni perhentian nak ke castle belakang tu. Ni castle ke-2 kat Jepun kami singgah selepas Nagoya castle.

Lepas ronda2 kawasan castle jumpa taman lak. Taman ni penuh dengan bunga sakura. Bestnya macam nak lompat2 kagum keindahan kat taman ni. Masa bila mr.soulmate snap gambar kat atas ni tah. Time ni saya dengan dunia sendiri, melayan perasaan dengan keindahan ciptaan tuhan. Selalu nampak taman yang penuh dengan pokok2 sakura kat dalam cita Naruto ja time Sakura chan dok kat bangku nak ngorat Sasuke.

Layan gambar~~
Suka sangat gambar ni sebab ada budak sekolah kayuh gerek dan pokok2 sakura kat belakang.

Seterusnya gambar2 kami berselfie, maapla ye mr.soulmate dirasuk hantu kanak2 time ni.

Layan~~~
Dari Taman castle Toyama, kami jalan kaki balik hotel ja. Tak jauh pun selang 2,3 blok ja dah jumpa hotel. Sepanjang jalan snap sana snap sini maklumla time ni ja pun nak menikmati bandar Toyama, esok awal pagi nak mendaki gunung dan tak singgah dah bandar ni. Sayonara Toyama.....

Okla tak sabar nak tunggu big day esok ni. Kita nak berubah musim lak ni, hari ni di musim bunga dan esok di musim SALJI!!!!

.......................to be continued

Rabu, 25 Februari 2015

Hirugano Highland : #13- Chasing The Sun Day 5

Kinnochiwa.....
Semalam seharian saya ke Kyoto dan Osaka. Hari ni kami nak gerak ke bandar Toyama lak. Apa2 pun saya taktau lagi nak naik bus apa dan pukul brapa nak bertolak dari Nagoya. Saya tau perjalanan kami ni sejauh 242km dan kalau naik bus mungkin ambik masa sampai 4jam. Memandangkan perjalanan ni jauh kami bawa sekali baju nak bermalam di bandar Toyama. 

Saya punya target bukan bandar Toyama pun tapi target saya nak mendaki ke Tateyama Kurobe Alpines, iaitu banjaran yang menerima salji paling tebal di dunia. Pembukaan laluan banjaran tu esok so hari ni kalau sampai awal kat bandar Toyama boleh rayau2 dulu kat sana. 

Apa-apa pun yang paling penting kena la breakfast dulu. Lauk ja dari Malaysia, salad dan nasi beli kat 7e ja. Pekerja 7e ni pun awal2 dulu excited jumpa kami tapi lani dah biasa2 ja, sampai kami pun dah tau mana pekerja siang, mana pekerja malam. Pekerja 7e semuanya budak2 sekolah ja kot sebab muka mcm belasan tahun ja.

So pagi ni saya makan nasi bersama salad dan kurma daging dan kentang dan air kopi 7e. Time ni, makanan ni la yang paling sedap sekali hehehe.....nak makan kat kedai makan susah sikit orang Jepun suka makan babi lagipun kalau pi kedai seafood satgi dok ragu2 dengan sos depa lak.

Kami pun macam semalam lenggang kangkung la jalan ke kaunter bas. Sekali time nak beli tiket ke Toyama, staf kaunter tu macam gelabah sambil cakap Jepun dengan staf yang lain. Ingatkan apa tadi, rupanya bas tu dah ada kat platform dan nak gerak dah. Depa kan punctual, so dia suruh kami berlari ke platform bas sebab diorang taknak disebabkan kami bas lambat bertolak. 

Kami pun apa lagi buatla amazing race kat platform bas lak pagi2 macam ni. Next bas kena tunggu 4jam kemudian lak. Driver bus pun dok tungu kami sambil tunduk2 dan minta tiket bas kami dan  bas pun terus bergerak. Ingatkan ramaila dalam bas ni rupanya cuma ada 2orang ja campur kami 2, semua penumpang 4org ja. Tak pasal2 buat excise jantung pagi2 berlari, ingatkan ramai sangat orang dalam bas nak kata "sumimasen" dahla, tak jadila nak minta maaf.

Kat tepi setiap seat ada plug nak cucuk kalau nak caj henpon. 

Dalam 5minit macam tu, bas ni pun gerak masuk highway. Saya siap bawa bantal busuk nak tido lagi sebab letih semalam dok terasa2 lagi ni tapi!!!!!! mana boleh nak lena kalau syurga dunia terbentang depan mata. 

Biarla gambar yang berbicara.....Layan~~






Impian saya nak ada rumah kat sini. Sepanjang tahun boleh nampak view salji kat hujung2 gunung tu. Rumah2 perumahan kat sini  comel sangat.....!!!!


Mata terus segar bugar nampak view perumahan kat sini. Nak pindah dok kat Jepun la macam ni.


Lebih kurang 2 jam, bas ni memasuki kawasan rnr. Saya terus pi kat driver tanya berapa minit dia bagi penumpang turun. Dia tak reti jawab tapi dia ambik kertas dan tulis "15min". Apa lagi kan mr.soulmate terus set jam 15 minit sebab takut kami ni leka dengan view kat sini dan tertinggal bas.
  

Ini la bas yang kami naik. semua bas ada benda ni kat tayar. Oh ya lupa lak harga tiket dari Nagoya ke Toyama ialah 4,100yen sorang. Kami beli tiket one way ja sebab esok taknak balik kat sini, kami nak pusing ke Nagano Prefecture. Maksudnya rnr sekarang ni kami kat Toyama Prefecture la.


Inila pertama kalinya saya nampak salji depan mata. Tak boleh nak gambarkan bagaimana perasaan bila nampak salji real punya ni bukan salji dalam peti ais cik kiah ooiii.......



Walaupun kawasan ni sekadar perhentian kat highway, tapi saya rasa tempat ni macam destinasi yang patut kunjung sebab view kat sini sangat menakjubkan. Tempat ni juga dinamakan "Hirugano Highland Service Area" iaitu perhentian highway Tokai-Hokuriku. Perhentian highway ni di antara perjalanan dari Nagoya dan Toyama la.  Selain menjadi tempat rehat pemandu, service dan fasiliti juga sangat selesa dan memuaskan.

Memandangkan view yang lawa, kami pun tak henti2 dok bergambar dan berselfie je kan. Yela dah bas pun stop 15minit ja, takkan nak pasang tripod kat sini lak. Kalau mai drive sendiri takpala nak bertapa berjam2 kat sini. Pastu datang sorang Jepun ni, offer nak ambikkan gambar kami dua dengan berlatar belakangkan banjaran nan indah ni. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang la kan.


Kami pun tak lepaskan peluang ambik gambar dia gak. Dia minta kami ambik gambar dia sambil dia pegang frame gambar seseorang kat sini. Kami pun fikir sapa dalam gambar tu kan, mungkin sesorang yang dia sayang yang takdak kat sini la kot.

Tengok jam lagi 2minit lagi bas nak gerak, terus cepat2 naik bas balik. Driver pun dah sedia kat bas dah pun. Pelik gak kami sebab 2 lagi penumpang dalam bas ni tak keluar langsung dari bas. Mungkin diorang ni selalu dah kot naik bas dari Nagoya dan Toyama, so takla jakun macam kami dua ni. Tepat2 15minit berlalu, bas pun bergerak.

Kami pun sambung semula perjalanan ke Toyama. Sepanjang perjalanan ni saya nampak tompok2 putih kat atas tanah, saya ingatkan plastik putih. Pastu mr.soulmate kata "tu salji kan". Saya kata "Ishhh bukan saljila, plastik kot yang diorang tutup tanah untuk pertanian ke apa", ayat macam pro je kan. Pastu bila nampak tepi2 jalan penuh dengan putih2 ni rupanya bukan plastik putih ok tapi memang salji....yes SALJI!!!!

Nasib baik rahang tak terjatuh kat lantai macam cita anime. Wei jakun gila kot nampak salji ni. Saya tak pernah terfikir pun nak datang tempat yang bersalji ni dan macam tak caya je boleh sampai ke sini. Subhanallah......

Ada banyak gak ladang bunga tapi tak sempat nak snap2 sangat gambar sebab bas bergerak kan, xpala simpan jela kenangan dalam otak.

Lebih 2 jam lepas tu kami pun memasuki kawasan bandar Toyama. Bandar Toyama ni sangat tenang dan damai. View bandar ni boleh nampak banjaran salji dari kejauhan. Macam pekan merbok la boleh nampak gunung Jerai cuma gunung Jerai takdakla salji kat puncak dia.

Bas berhenti kat sini, kami pun turun kat sini saja. Cuaca kat sini lebih dingin dari Kyoto semalam. Sebenarnya....sejujurnya.....kami ni betul2 gamble je sampai sini sebab kami tak book HOTEL LAGI!!!!!!

Suka sangat buat keja gila macam ni, kalau takdak hotel, tido kat kaki lima la malam ni. Maka mulala kami penggembaraan mencari bilik hotel. Menapak la kami dari satu hotel ke satu hotel yang lain. Hotel pertama masuk, bilik hotel PENUH!!!, pi hotel ke dua pula PENUH JUGAK.....arrgghhhh nak nangis tau. Pastu pi hotel ke-3, ke-4, ke-5, ke-6, tak mampu lak sebab harga bilik mahal sangat pula. Boleh kata kami menapak terjah semua hotel yang ada kat bandar Toyama ni. Pastu nampak ada hotel budget ni tapi nak beli bilik hotel ni melalui vending mesin tapi semua dalam tulisan Jepun, tak faham la.....cari hotel lain la.

Memangkan hari ni adalah peak season dan semua hotel memang mahal nak mampus. Sebab apa peak season kan? sebab esok adalah hari pertama pembukaan Tateyama Kurobe Alpines untuk tahun ni. Kawasan tu dibuka untuk pelancong start musim bunga sampai musim luruh. Disebabkan kawasan yang tebal salji, kawasan tu takleh naik time winter.

Exterior
Setelah buat kira2 budget semua, kami pilih menetap kat Hotel Toyoko Inn la malam ni. Hotel ni terletak bertentangan Toyama station. Bilik ni semalam 8,700 yen tapi nasib baikla dapat bilik smoking kan, so ada window bolehla nampak view salji kat banjaran sana nun.


Bilik ni lebih besar dari bilik kami kat Nagoya dan lengkap semua cukup. Kalau nak tau info harga hotel ni boleh klik di sini tapi kalau nak tau lebih detail pasal hotel ni boleh klik di sini.



Ni pula view dari tingkap bilik. Lepas makan solat semua, kami nak keluar jalan2 kat bandar Toyama lak. 

Jatuh cinta pandang pertama kat bandar Toyama ni. Kalau nak menetap terus pun saya nak. Saya ni sesuai dengan pepatah "hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik hujan emas di negara orang". Mr. soulmate marah sungguh kalau saya bagi pepatah macam ni yela mr.soulmate ni semangat patriotik cintakan negara tinggi. Tapi bagi saya lak negara tu cuma atas ic ja, bumi Allah ni luas, rezeki tu ada di mana-mana, terpulang kepada kita untuk berusaha mendapatkannya. Bagaimanapun, dalam hidup kita kena berani berubah. Berani berhijrah ke tempat yang diyakini lebih baik. Berani melangkah keluar dari "comfort zone" serta berani menghadapi cabaran baru. Mungkin pahit pada permulaan, tetapi hasilnya pasti manis jika kita berusaha tanpa jemu untuk berubah ke arah yang lebih baik. Aiceh...jadi pakar motivasi plak.

.......to be continued