Jumaat, 4 Disember 2015

Part 4 - Haedong Yonggungsa Temple : Dynamic Busan, Korea Day 2

Annyeong-haseyo.....

Haedong Yonggungsa Temple adalah salah satu tarikan pelancong ke Busan. Saya ke sini tertarik dengan seni bina dan keindahan alam semulajadi

Bersambung cerita kita dalam bas dalam entry yang lepas di sini.
Perut lagi gundah gulana bila setiap hentian bas ni dlm bahasa korea. Tetiba ada announcement dalam bahasa english dan nama temple ni disebut. Wah gembira bukan kepalangla kami yang dalam kesesatan ni. Syukur alhamdulillah.  

Kalau nampak je bangunan ni di sebelah kanan, cepat2 la turun sebab kita kena jalan kaki kat lorong yang kereta putih keluar tu.


Dari hentian bas nak kena jln dlm 500m ke dlm utk sampai ke temple tu. Kalau jln straight ok la kot tp ini jln mendaki bukit memang la menguji mental dan fizikal. 


Dalam berjalan kaki, hujan renyai2 pula. ingatkan dekat je nak jalan tapi tak sangka pula sejauh ni kena berjalan. keta2 yang lalu-lalang taknak tumpangkan kami ke huhuhu.....


Setelah 500 meter menapak mendaki bukit, akhirnya kami nampak keriuhan manusia di sini. Dah sampai la kot agaknya.

Kat sini banyak kedai2 jual souvenir dan makan. Kami tak berminat nak beli apa2 sebab dah penat gila. Niat di hati nak saksikan keindahan alam semulajadi ja.


Nak cerita sikit latar belakang tempat ni, hasil maklumat dari google.

Haedong Yonggungsa Temple adalah antara kuil tertua di Busan. Kuil Haedong Yonggungsa terletak di pantai bahagian utara-timur Busan. Kuil ini mula dibina pada tahun 1376 semasa Dinasti Goryeo. Semasa pemerintahan Uwang, guru Buddha yang besar yang dikenali sebagai Naong membina kuil ini di tepi laut.

Haedong Yonggung adalah salah satu kuil yang paling unik di seluruh Korea Selatan dan kuil ini merupakan lokasi popular bagi kebanyakan perayaan-perayaan dalam kalendar Buddha dan amat popular pada Hari Tahun Baru.

Kuil Haedong Yonggungsa jelas menonjol berbanding kuil Buddha lain yang sezaman dengannya dengan seni binaannya yang indah menjadi halwa mata yang jarang dapat ditemui di tepi laut. Dewa utama di sini ialah Dewi Pengampun Buddha yang tinggal di laut dan dipercayai bahawa menyeru namanya berulang kali semasa anda berada di sini akan membawa tuah. 

Seni bina kuil ini sangat unik yang menjadi tumpuan utama pelancong. Ia merupakan tempat tarikan pelancong yang berada di ranking ke 2 dalam tripadvisor dan merupakan pemenang Travellers’ Choice™ 2014 kategori Attractions.

Selebihnya layan jela gambar2 di bawah. 







Kat temple ni tok sami dok baca mantera tak henti-henti. Saya tak berani nak masuk dalam kawasan temple tu sebab saya tau mesti banyak ......., dah dok puja dia dalam tu kan. Cukupla kami mengagumi kebesaran Allah s.w.t melalui keindahan ciptaan-Nya di bumi di luar ni.


  Ramai pelancong dari China kat sini. Masa saya masuk ke toilet tetiba makcik cina ni selamber dia je buka seluar dan kencing kat luar. Dah tu, dia boleh biarkan je air kencing dia bertakung tak jerus dengan air pun!!!
 Toilet pun hancing busuk gila. Tak fahamla sikap macam ni.

Lepas snap 2,3 gambar kami pun nk blk sb hari dah nk senja. Nak ambik bas kena jln blk 500m ke jln besar baru dpt bas. 


Kalau nak ambil bas balik, kena lintas jalan dan tunggu bas kat pondok biru tu.

Ok sekian sudah adventure day 2. Esok adventure lain pula yang bakal menanti. 

........to be continued

Tiada ulasan: