Selasa, 8 Disember 2015

Part 7 - Gamcheon Culture Village: Dynamic Busan, Korea Day 4

Annyeong-haseyo.....

Semalam balik ke motel, omoni dan abujie selongkar barang dalam bilik. Perasan la barang2 kita dipindahkan dan air dalam peti ais pun dia ambil. Sebab apa, tak tahu la. Kami pun malas nak tanya sebab diorang memang tak paham bahasa. Lagipun takdak benda berharga dan berbahaya pun yang kami ada, so kalau nak cek pun tak kisahla.


Misi hari ni adalah nak melihat keindahan Santorini Asia.

Setiap hari ada ja orang Korea yang cakap Korea dengan kami dan sangat peramah semuanya tapi kami ni memangla PAHAM sangat bahasa korea. 

Seperti pagi-pagi sebelum ni, masa kami keluar dari motel dan bertembung dengan ajuma2 dan ajushi2 yang melepak kat kaki lima dan sempatla kami senyum2 tegur "anneyong". Lepas tu mulala diorang cakap bahasa korea dan kami mulala jadi krik...krik....krik....

Kali ni bila lalu kat kedai runcit belakang ni, kami singgah sekali lagi nak bertanya pasal bas. Kami naik bas sekali lagi kat belakang ni no.17 mengikut kata google map.

Bila dah naik no.17 ni, bas ni tak nampak rupa macam nak ke Santorini la pula. Last dia berhenti kat bas station pastu semua orang turun. Kami pun turun la tapi masih tak nampak rupa Santorini lagi. Ada sorang ajuma ni suruh kami ke satu tempat macam electronic map la tapi semua dalam bahasa Korea juga. Last2 kami jalan kaki kat tepi2 jalan yang sangat curam ni dan taxi pun berhenti. Kami pun naik je teksi cakap nak ke Santorini ni. Driver teksi ni tak faham pun kami cakap dan dia dok cakap korea lagi dengan kami dan walaupun sama2 tak faham tapi dia tau sangatla kalau pelancong datang sini mesti nak ke Santorini ni kan.

Akhirnya dia berhenti kat pintu masuk kampung ni. Syukur Alhamdulillah, sampai juga kami kat sini.

Layan jela gambar2 di bawah ni.








Gamcheon Culture Village merupakan kawasan setinggan bekas pelarian perang Korea. Memang sesuai dengan nama, sebuah perkampungan yang unik dan penuh dengan sejarah.
Kita boleh melihat masih kekal kelihatan cara kehidupan pelarian Korea dahulu dimana rumah agak kecil dan tersusun rapat. Pasti yang tinggal disitu sekarang keturunan dan anak cucu mereka.

Gamcheon Culture Village adalah perkampungan yang mempunyai lukisan seni Mural termasuk dari sekolah rendah.
Ia juga  mendapat  ranking ke 3 tempat paling menarik di Busan di Tripadvisor.


Mempunyai galeri untuk bahan pameran antik dan juga penceritaan sejarah Gamcheon Culture Village. Gambar di atas tu adalah bahan pameran antik. Model tu cuba nak merasai pengalaman sebagai penduduk di sini hehehe...

Mempunyai banyak gelaran seperti Santorini of the South Sea, Korea’s Santorini, Korea’s Machu Picchu dan gelaran sebagai Kampung Lego.

Gamcheon Culture Village adalah salah satu kawasan kegemaran pelancong. Sekali pandang macam Italian Riviera, Italy pun ada juga. Pemandangan indah dan rumah berwarna warni yang terletak dilereng bukit.



Nak jelajah satu kampung ni xlarat la pulak, kami dok kat observation deck sambil perhatikan view kampung ja n kat sini beli poskad n sent blk ke Msia. Sent poskad dari negara luar blk ke msia adalah perkara wajib stiap kali kami travel. Kemudian dari sini kami naik bas no.1 n turun kat st.subway terdekat. Kami turun di st.junggu dan jln kaki ke Junggang Park sb nak naik menara busan.


Setiap kali kami keluar negara, sebagai cheapskate traveler, memang tak beli apa2 pun utk diri sendiri. Benda yang kami buat adalah sent poskad kat travel partner ke Msia. Masa tulis poskad tu kena dok jauh2 tak bagi baca, kalau nak baca nanti dpt kt Msia la. Inila tanda souvenir utk travel partner, murah tapi sangat bermakna bagi kami. 

Kamudian kami kembali ke pintu masuk tadi dan ambil bas no.1 dan turun kat stesen subway terdekat. Bas no. 1 ni dah siap tunggu kat depan pintu so kami tak yah nak susah2 jalan kaki turun bukit ke station bas bawah nun. Kami bagitau driver bas tu berhenti kat mana-mana station subway je sebab senang kami nak gerak ke tempat lain pula. Lebih kurang 20 minit dalam bas, driver bas suruh kami turun kat station subway Junggu. Dari station Junggu, kami dah tau nak gerak ke mana dan dah tentula ke Junggang Park. Junggang Park ni adalah kawasan rekreasi orang2 tua main dam, xcise dan lain-lain lagi. Kat situ juga ada menara Busan. 

..............to be continued

Tiada ulasan: