Ahad, 15 Mei 2016

Day 1 - Kia Ora!! New Zealand RoadTrip

Assalamualaikum.....
Kia Ora!!!!

Bersambung dari entry yang lepas di sini.
Setelah kami mendarat di international airport Auckland, semua penumpang dikehendaki mendeclarekan barang-barang yang disenaraikan.
Cerita pasal declare barang-barang, banyak blog dah cerita dah. Cerita saya pula, saya bawa sepuluh paket ayam masak merah jadi saya pun tawakal je la kalau diorang nak rampas pun. Bila pegawai airport interview kami, dia kata ayam kami ni dah pre-cooked jadi tak perlu declare sebagai raw meat. Maksud dia kalau bawak rendang daging pun boleh bawak masuk sebab dah masak. Saya tak pasti tang ni sebab dengar cerita dari orang lain pula yang bawa daging yang dimasak pun boleh kena rampas. So mungkin kat airport ni ikut nasib la kot. Ada orang nasib baik  bawak nescafe 3in1 boleh lepas, tapi ada yang tak boleh lepas. Ada orang bawa pre-cooked ayam, daging tak lepas tapi ada yang lepas. So, saya tak berani nak kata apa la. Kata pegawai airport yang cek bag kami, dia kata makanan pre-cooked takdak masalah langsung la. Tak taula kalau orang lain tak boleh pula kan. Satu lagi kalau makanan pre-cooked kita bawa tu yang siap ada label ingredient, nutrisi, berat dan sebagainya lagila diorang tak kisah berbanding yang kita bawak pre-cooked yang kita masak sendiri kat rumah contohnya serunding ke or sambil bilis yang buat sendiri.

Bersambung cerita dari entry yang lepas, lepas solat semua kami pun mulakan langkah ke terminal domestik. 

Terminal international dan domestik bukan selangkah dua okeh dan ada bas menghubungkan kedua terminal ini. Memandangkan kami dah terlajak langkah, maka kami teruskan jalan kaki ke domestik. Jauh tau bukan dekat2. Dahla dengan galas bag dan tarik bag pula dalam kesejukan angin yang kuat herm....gagah sungguh kami berdua. Tengokla map kat atas tu, kami jalan kaki jauh tak??

Tujuan utama kami ke domestic ni sebab nak check-in untuk lusanya fly ke Christchurch. Dah sampai ke kaunter Jetstar, dia kata takleh check-in kat kaunter, kena tunggu lusa masa nak terbang baru boleh nak cek in. 

Keluarla balik kami menonong usung dan galas  bag anak gajah ni. Memandangkan kami dah penat gila travel selama 2 hari non-stop dan dengan suasana pun nak malam dah, kami dah tak mampu nak ambik bas ke Auckland city dah. Penot oiii  travel 2 hari non-stop, tak rehat2 lagi ni. Kalaula kami ni menetap kat KL takla penat sangat kot tapi memandangkan kami dah drive jauh dari Sik, Kedah dan transit ke KL dan transit ke Gold Coast, jetlag lagi....hanya Allah tahu betapa penat gila time ni.


Maka kami terus ambik kereta sewa yang banyak di hadapan terminal domestic ni. Semua kedai kereta sewa depan ni kami masuk survey harga dan akhirnya kami ambil kereta dari syarikat Hertz.


Padahal inilah kedai pertama kami tanya harga. Nasib baik harganya masih sama. Kami sewa untuk 24 jam termasuk insurans dan GPS dengan berharga NZD152.80. 


Bermulalah pengembaraan roadtrip kami di Auckland. Pekedai keta sewa tanya kami pernah drive kat NZ tak? kami jawab tak pernah tapi kami pernah buat road trip kat Australia. Pastu dia kata ok takdak masalah langsung la sebab peraturan Australia dan NZ sama saja. Lesen memandu guna lesen Malaysia saja, tak perlu buat international lesen langsung serupa macam Australia juga. Bezanya masa kami sewa keta kat Australia, mr.soulmate guna lesen P Malaysia pun ok takdak masalah. Lesen L je tak boleh ok.


Kami memilih menginap di YHA sebab murah dan dalam city. Lagipun kami pernah menginap di YHA Burnbury dan YHA Augusta di Australia. Boleh klik kat link tu kalau nak baca lebih lanjut cerita YHA di Australia.

Kalau tengok map dari International airport ke YHA Hostel agak jauh juga sebab YHA Hostel berada di tengah-tengah city Auckland. Jaraknya 22km dari airport.



Perjalanan ke Auckland sangat sesak dengan kenderaan. Jammed wei serupa kat KL. Tak sabar nak terbang ke pulau selatan. Kami inginkan suasana tenang, damai, permai tanpa banyak manusia dan kenderaan. Kalau banyak binatang lagila kami suka.

Dengan bantuan GPS maka sampaila kami kat YHA Hostel tapi masalah nak parking pula tak dak tempat. Habis kami ronda kawasan nak park keta tapi takdak. Yang ada kosong pun ada tanda "unauthorised car will be towed". Disebabkan pagi esok awai2 pagi kami nak blah, so kami ambik risiko parking juga sebab dah TAK DAK PARKING.
Kami ambik private room semalam berharga NZD98. Ini Maklumat mengenai YHA Hostel.
Address:
18 Liverpool Street Auckland Central Auckland 
Phone:
+64 9 309 2802
Fax:
+64 9 373 5083
Email:
Email this hostel

HA Auckland City is the ideal backpacker hostel to start or finish your New Zealand adventure.
The hostel offers a range of clean and comfortable rooms from different sized dorm rooms (male or female only available), to private single, twin and double rooms. The hostel combines the excitement of the city with a safe and secure environment.
A fully equipped kitchen, relaxed dining room, comfortable TV room, spacious sundeck and BBQ area, laundry and luggage storage facilities and free accommodation and travel service, make this 4-star plus Qualmark rated hostel an awesome place to stay.
Located at the top of Queen Street in the heart of Auckland, New Zealand’s largest and most exciting city, YHA Auckland City provides easy access to the city centre and is surrounded by shops, cafes, restaurants and pubs.
The hostel is also a short walk from the Airbus Express stop making it easy to find when you first arrive, or a great place to spend your last few days in New Zealand.
Knowledgeable staff are on hand 24 hours a day to welcome you with a big smile! The team can offer advice about the best things to do in Auckland and New Zealand, and can book any activities, transport or YHA accommodation around the country to help make your trip as easy as possible.
Untuk pengetahuan umum, YHA Hostel ni walaupun private room tapi kena share bathroom dan toilet. So far ok la semuanya bersih dan selesa ja walaupun berkongsi. Kalau nak memasak pula dapur kena berkongsi dengan penghuni yang lain juga.

Kami ni dalam kebinggungan jetlag juga ni sebab kami akan bangun subuh pukul 1.30pagi waktu Malaysia. Ok otak jem tak boleh set time lagi. Waktu matahari naik di New Zealand lebih awal dari Jepun ya walaupun Jepun dikenali negara matahari terbit. Ingatkan haritu kat Jepun dah biol2 dah sebab subuh masuk pukul 3pagi tapi kat sini lagi awal pula.

Banyak sign kat sini tertera kalau orang tekan loceng untuk suruh kita buka pintu hostel ni, jangan buka sebab semua penghuni ada kunci hostel dan kunci bilik. Bila nak check-out kena ambik cadar sendiri dan letak dalam bakul yang disediakan di tepi lif. 













Dari Tingkap bilik nampak view pool orang tengah swim tapi pagi sejuk gila kot. Mungkin ayaq panas la kot pool tu. Depa sembang dengaq segenap alam la.


Megi semasa di obersea memang tak dapat dipisahkan.

Good morning New Zealand. Pagi pertama di kiwi.....teruja sangat ni!!!!

Expenses
YHA Auckland City Hostel = nzd98
Hertz car rent include insurance+gps = nzd152
TOTAL = nzd250
.......to be continued

 kiwi road trip
One couple, one car, one unforgettable road trip around New Zealand.

Tiada ulasan: