Klik sini

Selasa, 20 Disember 2016

Royal Brunei Backpackers Part 5

Best Blogger Tips

Day 4,
Pagi ni saya dan mr.soulmate keluar pos poskad kat The Mall. Kami jalan kaki je dari hotel ke The Mall. On the way jalan kaki jumpa kedai makan, kami breakfast dulu makan nasi lemak dan teh ais. Sambal nasi lemak ni sedap sangat. Harga nasi lemak ni kalau di convert jadi sepinggan RM10.

Seperti dijanjikan, kawan host, Saiful datang ke hotel hantar kami ke airport. Memandangkan host kami dah fly ke Hong Kong pagi ni, dia mewakilkan kawan dia untuk hantar kami. Sedihnya nak tinggalkan Brunei....huhuhu....


Belakang kami ni masjid airport yang punyala cantik luar dalamnya. Masjid ni juga destinasi pertama yang kami tuju selepas mendarat di Brunei. Seperti travel sebelum ni juga, selamat je mendarat, destinasi pertama mestila masjid, surau atau tepi koridor. Sebab kita terus nak solat jamak kan setelah berjam-jam perjalanan. 

Flashback kat Perth, kami menunaikan solat jamak di prayer room di airport. Di Seoul, kami solat di prayer room Budha sebab kat airport tu cuma sediakan 2 bilik prayer room budha dan kristian saja. Prayer room kristian banyak kerusi dan takdak ruang nak solat manakala prayer room budha kosong cuma ada patung budha je dalam bilik tu. Kat Busan airport pun xdak prayer room. Kat Nagoya airport memang disediakan prayer room khas untuk muslim. Yang hebatnya di Jepun, diorang siap sediakan sejadah, al-quran, tempat berwuduk, telekung dan siap pasang alunan orang mengaji lagi dalam prayer room airport. Di Auckland airport pula, diorang sediakan muslim prayer kat koridor je tapi xpa syukur alhamdulillah sebab walaupun tempat terbuka di koridor tapi diorang tetap sediakan sejarah, arah kiblat dan quran. 

Sejujurnya bila saya bermusafir, saya tak kisah pun solat kat mana2 sebab saya tak pakai telekung lengkap pun, cukuplah sekadar tutup aurat. Saya pernah solat kat dalam kapal terbang, tempat parking, bawah pokok, koridor orang lalu lalang takpa asalkan kita jangan lupa pada kewajipan walau di mana pun kita berada. 


Saya memang suka tengok pertukaran siang ke malam dari tempat yang tinggi, layan jela gambar di bawah.


Macam biasa lepas mendarat, kami ke Putrajaya pula tidur semalam. Esok awal-awal pagi kami sambung lagi road trip ke utara.



Yey dah sampai Sikney.

Maka tamatlah sudah penggembaraan kami secara backpack je sebab tak bawa bag tarik. Semoga cerita dan perkongsian maklumat di dalam blog ni dapat memberi manfaat kepada orang lain pula. Di sini juga saya memohon jutaan maaf sekiranya maklumat yang saya sampaikan ni salah. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruknya datang dari diri saya sendiri.

Akhir kata saya suka dengan petikan kata-kata ni....

"Travel lah sementara muda dan mampu. Jangan risau mengenai wang, travellah seadanya. Pengalaman jauh lebih berharga berbanding wang"

"Mengembaralah sebanyak mana yang boleh, sejauh mana yang boleh, selama mana yang boleh. Kehidupan ni tak bermaksud untuk tinggal di satu tempat saja"

Ahad, 18 Disember 2016

Royal Brunei Backpackers Part 4

Best Blogger Tips Part1, Part 2, Part 3

Day 3
Hari ni kami bercadang nak ke Labuan. Feri ke Labuan pukul 7.30am. Awal-awal pagi host jemput kami di hotel untuk hantar kami ke terminal feri ke Labuan. Dalam perjalanan ke terminal feri, hujan lebat diiringi angin yang kuat. Dalam hati memang saya tak yakin sangat nak ke Labuan. Kalau keadaan laut ok bolehla kot kami ke Labuan. Bak kata host, Labuan ni takdak apa sangat melainkan kalau nak borong coklat murah-murah la. Macam kat Langkawi tapi bezanya Langkawi lagi cantik sebab kawasan pelancongan.

Sampai je nak beli tiket feri, tetiba diorang cakap feri dah pun berlepas walaupun jam masih awal. Orang jual tiket feri tu boleh pula cakap, feri berlepas awal sebab tak ramai penumpang pagi ni. Next feri pukul 1.30pm pula. 
Saya anggap je mungkin Allah tak izinkan kami ke Labuan pagi ni memandangkan keadaan laut yang sangat bergelora dan ombak pun tinggi. Laut Brunei ni open sea, Laut China Selatan tak macam laut ke Langkawi, laut Selat Melaka. Faham-faham la macam mana keadaan kalau angin kuat dan ombak tinggi tu macam mana.  

Dengan perasaan yang hampa, host mencadangkan kami semua balik dulu kat hotel dan tengahari pula dia datang jemput kami. Kami pun setuju je.


Seperti dijanjikan, dia pun datang dan bawa kami ke The Mall. The Mall ni adalah satu-satunya mall di Brunei. Kat dalam tu ada kedai-kedai, food court dan wayang pun ada gak.

Memandangkan kami pun belum lunch, kami makan kat food court sini dulu. Macam-macam juadah yang tak familiar jual kat sini. Kami macam nak cuba je semua makanan. Familiar bagi kami adalah masakan Thai dan kat sini banyak masakan padang macam tu. Okla sebab kat Kedah, susah nak cari masakan padang. Bukan takdak orang jual, cuma tak banyak yang jual sebab kebanyakan orang kat utara Malaysia ni taste dia lebih kepada masakan Thai.

Bagi saya The Mall ni cukup besar kalau nak dibandingkan dengan keluasan negara ni dan jumlah penduduknya. Jangan terlalu harap mall macam kat KL pula. Brunei ni saya nampak macam Perlis. Bezanya Brunei di Boneo dan Perlis di semenanjung.


Selesai makan, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Istana Nurul Iman.

Istana ni ialah tempat kediaman rasmi bagi Sultan Brunei, DYMM Sultan Hassanal Bolkiah dan kerajaan negara Brunei Darussalam. Istana ini terletak berdekatan dengan tebing Sungai Brunei. Istana ini juga merupakan tempat kediaman paling besar di dunia.




Yang penting pakcik berunifom di belakang sangat sporting dan mengalu-alukan untuk kami bergambar di situ lagi.


Kemudian kami ke dataran ni. Memandangkan hari ni cuti umum, ramai orang-orang luar yang melepak di sini. 







Seterusnya host bawa kami jejalan di Pantai Tungku main ATV pula.


Kami ronda kejap di hotel 5 bintang di sini, nampaknya ada wedding photoshoot di sini.


Seterusnya kami ke Pantai Tungku yang terletak di sepanjang Muara-Tutong highway. Pantai ini mengadap laut china selatan. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan di sini terutamanya ride ATV!!!!


Gerunnya saya tengok ombak kat sini dan budak2 yang mandi manda di sini. Yela pantai di sebelah barat Malaysia ni sopan santun je sebab laut selat melaka kan.










Nampak tak ombak di belakang tu?Bukan main tinggi lagi ombak dia. Saya yang naik ATV kat atas darat ni pun cuak gila tengok ombak dengan air pasang ni. Macam manala diorang boleh selamba je mandi laut ni. Suasana agak berkabus sebab ombak kuat sangat menghempas pantai dan angin pun boleh tahan kuat juga ni.

Masa nak pulangkan balik ATV ni pun ada kejadian sikit hehehe....biarlah rahsia

Selesai beriadah, kami pun lapar tak sangat dah ni. Seterusnya Pasar Malam Gadong.


















Inilah tepung ambuyat yang kami makan semalam. Saya beli tepung ni sebab nak buat sendiri ambuyat kat rumah.





Selesai makan, host hantar kami ke hotel. Lepas mandi dan solat, dia jemput kami untuk lepak-lepak bersamanya pada malam terakhir di sini.




Ini kali terakhir kami bersama host sebab esok pagi-pagi dia kerja fly ke Hong Kong dan dia minta tolong kawan sebelah dia untuk hantar kami ke airport esok harinya. Sedih pula nak berpisah dengan host yang sangat baik dan menjaga kami sepanjang kami di Brunei.

Saya ni bila malam last kat satu-satu tempat ni mulala emo sikit. Sedih tau sebab tak tau bila pula nak datang lagi. Saya suka melancong ke Brunei dan saya tak tau sebab apa, mungkin kedamaian di sini mungkin.


End Day 3

Khamis, 1 Disember 2016

Royal Brunei Backpackers Part 3

Best Blogger Tips Bersambung part 1 dan part 2.

Seperti dijanjikan, host kami datang menjemput kami pukul 8pagi tu. Awal-awal pagi dia sanggup datang padahal rumah dia dan hotel ni jauh kot. Hari ke-3, dia tunjuk rumah dia kat mana barulah kami tau betapa dia dok drive jauh dari rumah ke hotel ni. Saya ada juga rasa bersalah macam susahkan orang asing kan. Tapi Aslam berkali-kali cakap itulah cara couchsurfing. Couchsurfing ni mencari kenalan luar dengan membantu memudahkan urusan orang. Saya pun banyak doa semoga Allah permudahkan urusan host kami seperti dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "barang siapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allah melapangkan darinya satu kesusahan di hari akhirat".


Dari hotel, host bawa kami breakfast makanan yang kami tak pernah makan sebelum ni. Inilah Norbi  yang merupakan roti canai yang dipotong secara memanjang dan digoreng seperti mi goreng. Kalau Nobi daging, roti canai ni digoreng bersama daging pula. Kami cuma try norbi kosong je. 


Masa kami tengah makan tu, datang 2 orang kawan host. Seperti saya cakap sebelum ni. Kita bila couchsurfing ni, bukan kita kenal host saja tapi kawan-kawan host pun kita buat kawan juga. Kagum saya bila masing-masing ceritakan background masing-masing, terasa macam kedil je depan diorang ni. Umur muda belia 20-an tapi pekerjaan wow....jangan pula tanya berapa gaji ok. 

Depa semua peramah dan sangat mengalu-alukan kedatangan kami di bumi Brunei ni. Kami pun tak rasa kekok dan borak macam dah lama kenal pula. Kawan host di belakang kanan banyak ceritakan sejarah Brunei kepada kami masa di Royal Regalia Museum. Rupa-rupanya kecilnya dunia, dia ni kawan kepada suami class mate saya di UiTM Arau dulu. Kawan host di belakang kiri pula yang tolong hantarkan kami dari hotel ke airport disebabkan host kami (belakang tengah) kena fly ke Hong Kong awal pagi tu. Jadi makna kata, kami sangat beruntung sebab dapat 3 host sekali gus.


Selepas breakfast, host bawa kami jalan-jalan di Brunei. Hari ni hari explore Brunei. Tak sabar saya nak kenal negara Brunei yang makmur ni. 


Destinasi pertama yang kami tuju ialah Masjid berkubah emas di sana. Masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah...here we come.



Masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah : 
Masjid ni dibina pada tahun 1992 sebagi meraikan pemerintahan ke-25 Sultan Brunei. Masjid ni adalah terbesar di Brunei dengan 4 menara berjubinkan terazzo dan berkubahkan 29 kubah emas. Kubah masjid ni akan kelihatan seperti api di waktu malam.


Sementara nak tunggu masuknya waktu zohor, kami bergambar berposing sakan di sini dulu bersama host. 













Sejujurnya saya rasa aman damai je kat kawasan masjid ni. Rasa boleh lepak berjam-jam lamanya kat sini saja. Tetiba rasa tempat ni cantik sekali kalau nak buat wedding photoshoot.
Seterusnya kita ke Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque pula....dari jauh bling bling kubah emas tu.


Kagum dan terpegun saya dengan kecantikan senibina masjid ni. Kedamaian dan keindahannya masyallah....




Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin ialah salah satu masjid di Brunei yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Masjid ini diiktiraf sebagai masjid yang terunik Asia Pasifik dan menjadi tarikan pelancong. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien diiktiraf oleh penduduk Brunei sebagai salah satu mercu tanda Brunei. Dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28 Sultan Omar 'Ali Saifuddien III, masjid ini menjadi simbol umat Islam di negara Brunei. Bangunan masjid ini siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh senibina moden Islam.

Masjid dibina dalam sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei. Ia memiliki menara dibuat daripada marmar dan kubah utama bersalut emas. Masjid sendiri dikelilingi taman, pokok-pokok dan pancutan air. Satu daripada unsur tempatan ialah kegunaan bentuk "kalat" (tali tebal) pada tiang luar masjid. Sebuah jambatan menghubungkan masjid dengan Kampong Ayer di tengah-tengah sungai Brunei. Sebuah barj buatan dibina di dalam lagun pada tahun 1967 bagi meraikan hari ulang tahun ke-1400 Nuzul Quran. Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran.


Walaupun saya ni dikira musafir dan boleh solat jamak tapi saya tak buat jamak sebab saya nak merasa solat di setiap masjid ni. Memandangkan tadi zohor di Masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah, asar di masjid Sultan Omar Ali Saifuddin pula.



Tempat wuduk perempuan di bawah tanah ni.

Destinasi seterusnya ialah Royal Regalia Museum



Royal Regalia Museum: 
Bangunan Alat–Alat Kebesaran Diraja merupakan sebuah muzium yang terletak di tengah-tengah Bandar Seri Begawan. Ia berada berdekatan dengan Pusat Sejarah Brunei. Muzium ini mempamerkan barangan berkaitan alat-alat kebesaran diraja dan acara peringatan sempena 25 tahun pemerintahan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah









Dari museum, kita bergerak ke Kampung Ayer pula




Kampong Ayer: 
Sebuah perkampungan air yang didiami penduduk. Terletak di Bandar Seri Begawan dan merupakan sebuah perkampungan air terbesar di Asia Tenggara. Gagasan 42 kampung yang dibina di atas kaki bajang dan laluan pejalan kaki dari kayu diduduki lebih kurang 30,000 orang penduduk dan merupakan kampung air terbesar di dalam dunia. Ia juga digelar "Venice Timur". Kampung air sebenarnya terdiri daripada perkampungan kecil yang dihubungkan oleh lebih dari 29,140 meter jambatan kaki, dan merangkumi 4,200 binaan termasuk rumah kediaman, masjid, restoran, kedai, sekolah dan sebuah hospital. Laluan pejalan kaki yang panjang tuntas 36 kilometer menghubungkan bangunan-bangunan kampung ini. Pengangkutan utama di kampung ini ialah sampan yang kebiasaannya dilengkapi dengan enjin bot; teksi air persendirian, ataupun swasta, yang kebanyakannya menyerupai bot laju panjang, menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang pantas.




Dari jauh, kampung ini kelihatan seakan-akan kampung setinggan tetapi sebenarnya penduduk kampung ini menikmati kemudahan moden seperti bekalan elektrik, penyaman udara, televisyen satelit, Internet, dan sistem saliran. Beberapa orang kampung juga membela ayam dan bercucuk tanam dalam pasu. Rumah-rumah kediaman daerah ini mempunyai ciri seni bina unik dan penuh hiasan yang rapi.






Dalam usaha mengekalkan Kampong Ayer sebagai tapak warisan penting negara, kerajaan Brunei menyediakan beberapa kemudahan seperti jambatan kaki, jeti simen, air paip, bekalan elektrik, sekolah, masjid, klinik, balai polis, dan balai bomba marin. Kesemua enam mukim dikenali sebagai Kampong Ayer.


Lepas ronda-ronda di Kampung Ayer, host bawa kami makan di restoren ni pula. Kami nak mencuba makanan tempatan di sini iaitu Ambuyat.

Makanan Tempatan:
Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri Malaysia seperti Sarawak dan Sabah di mana ia kadangkala dikenali sebagai linut. Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos, di mana terdapat banyak jenis.

Lepas makan, kami pun balik ke hotel. Kami plan esok pagi nak ke Labuan pula. End day 2.


.................to be continued