Klik sini

Ahad, 11 Jun 2017

Pre Kashmir #azamfirdaussummerkashmir

Best Blogger Tips Assalamualaikum...


Sabhee paathakon ko namaste..... bermaksud hi pembaca semua.

Misi menjejaki kampung halaman Shahida dalam Bajrangi Bhaijaan. Demi ingin merasai sendiri suasana di kampung Shahida, trip ni membawa saya dan mr.soulmate ke Kashmir, Utara India di kaki banjaran Himalaya iaitu 4000m dari paras laut. 

Layan dulu gambar Kashmir dari google.







Memandangkan kami bakal ke tempat boleh tahan scamnya, kami decide nak ikut tour je. First time ni nak travel ikut tour guide je. So, takla busy saya nak plan iti, buat research dan booking hotel semua. Segalanya kami serah tour guide je yang buat. Memandangkan kami ni jenis travel budget semput, kami pilih tour yang paling bajet juga anjuran Scha dan Noh. Hopefully trip kali ni berjalan lancar hendaknya. Disebabkan harga tour ni bajet, so saya tak expect la nak dilayan bagaikan puteri raja. Mungkin lebih kurang macam cara kami travel backpackers juga kot. Di bawah ni maklumat mengenai pakej ni.


6D5N KASHMIR (VISA EXCLUDED) RM2450/PAX

PACKAGE INCLUDES :
- Return international flights KUL-DEL-KUL 
- Return domestic flights DEL-SXR-DEL
- Transportation 
- Accomodation (houseboat) 
- Entrance fee to mughal garden and pari mahal
- 5 x Breakfast 
- 5 x Dinner
- 2 x inflight meals
- tour guide


ITINERARY

DAY 1 
- Depart from KUL-DEL at 19:00PM
- Arrive at DEL at 22:00PM

DAY 2
- Depart from DEL-Srinagar 
- Arrive at Srinagar at 07:30am
- Check in Houseboat 
- Explore Srinagar (Pari Mahal, Mughal Garden, Dal lake)

DAY 3
- Full day tour to Sonamarg

DAY 4
- Full day tour to Pahalgam

Day 5
- Full day tour to Gulmarg

Day 6
- Free & Easy 
- Depart to DEL at 14:15pm
- Depart from DEL-KUL at 23:15PM



Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang kita perlu ketahui sebelum berangkat. Ini termasuk cuaca dan musim yang bakal kami terjah nanti, visa, penginapan di sana, makanan halal dan lain-lain. Di sini saya terangkan serba sedikit maklumat yang saya buat kajian sedikit untuk trip ni untuk perkongsian bersama pembaca sekalian.



VISA
Kami tetap kena uruskan sendiri visa India. Sedikit perkongsian mengenai visa India, kredit buat penulis BBM Chey Chen
India Tourist Visa di Penang!
Rakyat Malaysia dikehendaki mempunyai valid visa jika ingin ke India. Baru-baru ni Kerajaan India telah menaikkan fee visa (RM189 kepada RM456) dan menyebabkan berlaku kekalutan di pihak aku (lari bajet bhaiii). Alhamdulillah, akibat desakan orang ramai dan campur tangan kerajaan, harga lama dikekalkan.

Hari ini aku nak berkongsi pengalaman bagaimana nak apply visa pelancong India. Untuk makluman, aku apply visa India ni di Penang, jadi mungkin ada beza sikit dengan tempat lain.
Aku jugak tak bertanggungjawab atas apa yang berlaku disebabkan perkongsian ini.

2. Pilih jenis visa (Regular Visa Application atau E-Visa)

3. Untuk Regular Visa, lepas isi borang online, hangpa kena ke India Visa Centre untuk menyerahkan dokumen dan proses biometrik.

4. Masuk maklumat yang diminta dalam borang tersebut (Sila save reference number yang diberi)

5. Maklumat penting untuk diberi perhatian ;
i) Visible ID Marks (Kalau dulu hang buas atau pernah kena tetak di dahi, tulis lah kesan parut tu)
ii) Applicant 's Contact Details (Kalau aku prefer ikut i/c lah)
iii) Type of Visa (Tourist)
iv) No of Entries (Multiple)
v) Place to be Visited (letak tempat yang hang nak pergi nanti tapi AWAS, jangan sesekali letak Kashmir sebab nak pi ke Kashmir kena ada special permit)
*untuk ini, ada yang letak Kashmir tapi lepas jugak visa. So, terpulang samada nak ikut atau tak step ni*
vi) Countries Visited in Last 10 years. Kalau tak ingat negara mana dah pernah pi, ikut saja dalam passport tu okay?
vii) Details of Two Reference (untuk yang ni, hang kena bagi nama/alamat/HP No di India dan Malaysia)

6) Sila semak particular sekali lagi sebelum submit.

7) Selepas siap submit form, print borang tersebut.

8) Sediakan dokumen berikut ;
i) Passport
ii) Borang Visa Application
iii) Tiket Flight
iv) Gambar Pemohon 2x2 inci background putih 2pcs
v) Salinan Kad Pengenalan
vi) Salinan Passport

9. Sila ke India Visa Centre yang terletak di area Chulia Street ( sederet dan selang beberapa kedai dengan Kapitan)

10) Pergi ke kaunter, nanti dia bagi sticker bernombor untuk giliran hang.

11) Duduk dan tunggu dia panggil nombor hang cara manual. Jangan tidur pulak!

12) Lepas dia panggil nombor hang, dia akan check form dan dokumen. Make sure di borang tu nanti, tandatangan hendaklah sama/sebijik/tepat/jitu/accurate seperti tandatangan di passport.

13) Part paling tak best, sila bayar duit visa! Aku kena bayar MYR189.

14) Dia akan suruh hang duduk balik dan tunggu orang biometrik panggil nama hang.

15) Orang biometrik akan panggil nama hang dan dia akan ambik gambar guna kamera komputer tu. Lepas tu kena scan 4 jari kiri dan kanan kemudian kedua ibu jari tangan.

16) Selesai urusan biometrik tu, dia akan bagi resit bayaran dan tarikh untuk collect visa tu. Normally 3 hari bekerja dah siap dan time collect di sebelah petang.

17) Okay, dah boleh balik.
Demikianlah perkongsian 17 Langkah membuat Visa India di Penang! Kalau ada tersalah informasi, minta tegur ya!
Selamat Mengembara!

Serba sedikit perkongsian dari group BBM Chey Chen

Cuaca, Musim dan Bulan
Kami akan pergi pada bulan July iaitu summer. Musim panas sekitar akhir May hingga Ogos. Ketika ini merupakan waktu puncak kedatangan pelancong asing yang datang ke sini. Sudah pastinya perbelanjaan kita akan sedikit mahal. Musim summer juga salji di pergunungan akan cair memenuhi sungai. Walaupun summer jangan risau sebab kita tetap akan nampak snow cap mountain. Musim ni juga akan menyebabkan paras air di Dal Lake akan meningkat. Kebanyakan penduduk India akan melancong ke Kashmir pada musim ni sebab suhu yang terlalu tinggi di bahagian tengah dan selatan India.


Perayaan
Pastikan tarikh yang kita menetap di sana ada perayaan apa. Musim kami di sana nanti akan ada perayaan  Shri Amarnathji Yatra yang berlangsung pada setiap tahun Julai - Ogos. Perayaan ni perarakan jalan kaki penganut Hindu ke Gua Shrine di selatan Kashmir.


Penginapan
Kami akan menetap di Boathouse di Dal Lake. Sepanjang di Srinagar dan Kashmir, kami akan tinggal di Gulshan Rose Houseboat yang terletak dalam 20-30 minit dari airport. Penginapan ini dikendali oleh Mr Yusof via WhatsApp @ +919797771228



Guna Travel Agen
Trip kami di Kashmir ni menggunakan travel agen iaitu Scha dan Noh. Mereka telah mengatur penginapan dan pengangkutan kami semasa di kashmir ni. Ini juga mungkin boleh mengurangkan kami terkena dengan scam di sana nanti sebab kami ada tour guide yang dah mahir dengan selok belok di Kashmir ni. Pening juga saya baca blog2 yang terkena scam pengangkutan di Kashmir, sebab diorang sampai sana baru nak cari pengangkutan dan kena tipu macam2 sampaikan ada yang sanggup burn tiket flight dan beli lain semata2 taknak bertembung dengan penipu2 tu di airport. Teruk kan.
Nota: Tidak semua tempat untuk dilawati boleh dilalui dengan pengangkutan awam terutamnya bas.

Makanan
Jangan bimbang dengan makanan di sana . Hampir 90% penduduk di Kashmir adalah beragama Islam dan sudah pastinya untuk mendapatkan makanan halal sangat mudah. Makanan di Kashmir sedikit berbeza dari makanan India, tidak terlalu pedas dan berempah. Yang paling penting kami harus memilih tempat makan yang benar-benar bersih.
Nanti kami nak try makan sate kambing dengan naan dan akar teratai goreng tepung.

Tempat yang ingin di lawati
Di Kashmir sudah pastinya harus melawati 4 daerah yang terkenal di sini.
Srinagar ( Ibu kota Kashmir ): Terkenal dengan Tasik Dal dan houseboat , Shikara ( perahu kecil ), Masjid-masjid lama ( Jamia Mosque, Kahnqah Of Shah Hamdan Mosque, Hazrat-Bal Mosque ), Chesma Shahi Garden, Pari Mahal Garden dan Botanical Garden.
Sonamarg: Terkenal dengan Trekking atau berkuda ke Thajiwas Glacier dan cuba papan luncur kayu ( sledge )
Gulmarg: Terkenal dengan tempat bermain ski pada musim salji dan Kereta kabel tertinggi di dunia untuk ke puncak “Kongdoori” Mountain.
Pahalgam: Terkenal dengan nama Mini Swiss untuk ke puncak Puncak “Baisaran Valley”

Untuk maklumat lebih lanjut boleh baca tips2 lain di sini.

Khamis, 1 Jun 2017

Tehran, Iran Day 2 #azamfirdauswinterwonderland

Best Blogger Tips
p/s: pc baru format, semua gambar2 travel hilang. Terpaksa cari balik gambar2 tu dalam D dan watermark pun guna online trial version saja. Maaflah kalau trial version ni menganggu pemandangan mata.

Kalau terlepas entry, boleh klik di sini 

Salam. Selamat menyambut Ramadan pada semua umat Islam di seluruh dunia. Trafik blog saya meningkat setiap kali Ramadhan. Pelbagai jenis resepi dalam blog ni untuk dikongsi bersama pembaca. Ada juga yang mesej ucap terima kasih sebab ada yang meniaga guna resepi dalam blog ni. Resepi dalam blog ni pun saya cedok sana sikit sini sikit dan diolak mengikut citarasa anak tekak saya sendiri. Terima kasih juga sebab sudi menjengah ke blog saya yang serba kekurangan ni. Saya ni tak pandai masak pun sebab tu setiap kali berjaya masak, gembira sangat dan share habis dalam sosial media. Kalau orang pandai masak dia takkan share kan sebab sekali petik jari je siapla semua juadah. Tapi orang macam saya ni kena google dulu, baca resepi, pahamkan resepi, nak tulis bahan2, cari bahan2 tu kat pasar or supermarket pastu balik buat tak jadi pula. Buat pula sekali lagi dan berulang kali sampai jadi. Bila jadi kata, rasa dunia ana yang punyala. Bukan setiap kali entry masak ni sekali buat terus jadi. Contoh saya buat macaroon dah 5 kali try tak jadi2 juga last2 salahkan humidity. Tu pun mr.soulmate selalu tanya bila lagi nak buat sampai jadi. Ok tenkiu mr.soulmate selalu galakkan saya buat apa yang saya suka dan tak nak saya jadi patah semangat kalau buat tak jadi. Berbalik cerita travel pula. 

Pistachio butter yang saya breakfast dalam gambar di atas tu ada jual di Fatimah Bakery atau kedai yang menjual barang middle east. Saya pun nak beli sebab nak makan buat sahur roti disapu dengan nutela dan pistachio butter yang sangat sedap tu.

video
Video di atas tu suasana masa kami breakfast tapi kat luar snow turun tak henti-henti. Perasaan teruja sangat sebab harini kami akan jalan2 meredah salji dan takut juga sebab takut badan tak fit dan tak boleh nak adapt dengan suhu salji ni lagi.



Sukannya saya berada dalam hujan salji ni. Saya sanggup dok kat luar berjam2 sambil merasa salji yang turun kena muka, tangan dan melekat kat baju semua. Saya memang suka suhu yang sejuk dan bonus kalau ada salji macam ni. Saya rasa saya boleh menetep di sini time winter saja sebab nak merasa salji saja. Saya tengok Mat Dan dalam Haramain Backpackers, dia lari dari London dan menetap di Terengganu sebab dia suka kawasan yang panas. Dia tak suka suhu yang sejuk kat London. Berbeza pula dengan saya yang tak suka panas dan sentiasa nak lari ke kawasan yang sejuk saja. Saya cakap kat mr.soulmate setiap kali winter saya akan lari ke tempat bersalji setiap tahun.

Malam ke-2 kami di hostel ni, kami ada roomate dari China. Dia seorang guru sekolah rendah dan solo traveler walaupun dah berkahwin. Kagum juga saya, dia datang ke Tehran sorang diri. Saya selalu kagum dengan kecekalan, ketabahan dan kekentalan solo traveler. Roomate kami nama Amber ni dia sekatil dengan mr.soulmate. Kami kan tidur katil double decker, saya dan mr. soulmate katil bawah, manakala Fizah dan Amber katil atas. Amber pun teruja dengan salji sebab katanya, kawasan dia kat China tak dapat salji. Ingatkan kami je dok menari2 dalam salji ni, dia pun sama naik dengan kami juga. Kami ni telah dah sebab negara Tropika tapi negara dia ada juga kawasan yang turun salji tambah2 kat Herbin yang salji paling lebat tu.

Destinasi pertama kami pagi ni ialah ke pejabat pos. Rupanya pejabat pos Tehran ni kedudukannya sebelah je dengan hostel kami. Semalam kami ronda2 kawasan ni dan jumpa pejabat pos ni. Kami memang suka ronda kawasan, siang malam ronda. Barula tau kat depan belakang kiri kanan tempat ni ada apa semuanya.

Tara....dah dapat pun poskad yang dikirm mr.soulmate. Poskad tu pula dari Jeju (kami beli di Jeju poskad ni dan bawa sekali travel sebab takut kat tempat kami nak kirim poskad tu tak jual poskad, dan memang kat Tehran kami tak jumpa nak beli poskad). Kami ni bagi souvenir sesama kami dengan kiriman poskad dari negara yang kami lawati. Walaupun murah tapi cukup berharga. Masa kat pejabat pos tu memasih dok jauh2 tulis poskad sebab nanti poskad sampai Malaysia baru baca apa yang ditulis tu. Sebab tu bila poskad sampai je hati teruja nak baca apa yang ditulis dan mengimbas kembali kenangan dan pengalaman di nagara tersebut. Kenangan untuk kita ingati tapi pengalaman pula yang mengajar dan mendidik serta memberi pelajaran kepada kita selepas ni.
video

video
Video di atas pula suasananya dalam salji di hadapan hostel kami menginap. Punyala excited sangat tu. lupa diri buat seketika.

Kamudian kami meneruskan perjalanan ke metro dan explore bandar Tehran tapi tak sempat nak habis pun sebab Tehran ni besar sangat.
video
Video di atas pula kami berjalan dari hostel ke metro. Salji turun dengan lebatnya sampai rasa berat outfit. Salji ni melekat kat baju semua sebab tu kalau jalan dalam salji rasa berat.



Masa kami nak beli tiket metro ni tetiba ada warga tempatan bayarkan untuk kami bertiga. Sebab kami kat kaunter tu terhegeh2 taktau nak turun mana dan berapa nak bayar dan keliru dengan matawang banyak sangat kosong ni. Mungkin orang lain beratur panjang dah kat belakang dan sorang mamat ni tolong bayarkan kat kami semua senang cerita.

Sejujurnya kami ni memang taktau arah tujuan pun. Mana-mana pi pun ok je sebab hari ni hari kami nak merentas bandar Tehran.





Destinasi pertama kami ialah melalui US embassy yang sangat popular dengan street mural. Macam tak lengkap penggembaraan kami di kota Tehran kalau kami tak sampai ke sini kan.

Apa yang menarik perhatian kami ni bukan wall mural sangat tapi pokok2 yang dipenuhi salji. Subhanallah, kat sini kami dapat menyaksikan keindahan begini. 

Bayangkan kalau tourist yang takdak map dan taktau nak pi mana. Kesudahannya kami asyik bertanya kat warga tempatan je.

Mujurlah ada seorang perempuan Iran yang sudi bantu kami dalam kesesatan.

Ingatkan dia setakat bagitau naik stesen mana turun stesen mana je, ni dia bawa kami sekali tunjuk jalan sampai ke stesen metro dan belikan tiket kat kami sekali.

Kalau dari laluan bawah tanah, nampak je US mural ni, belok kiri dan jalan terus je ke US embassy.

Kami pun salam perpisahan dengan dia yang baik hati ni hantar dan tolong belikan tiket kat kami kat metro ni. Lupa tanya nama dia lak. Sebenarnya dia dalam perjalanan ke kelas ni dan ada masa tolong kami lagi.


Destinasi kedua kami ialah ke Milad Tower. Dari stesen metro kami kemudian naik bas pula. Kami tanya orang sepanjang jalan je kat mana nak naik bas semua dan kalau tanya sorang, 10 orang nak tolong kami, betapa baiknya mereka kat sini, so jangan risau kalau sesat ke apa.

Kami naik bas color kuning dari bandar dan turun kat depan Universiti Sains Medical Tehran. Masa naik bas kami dah bagitau driver bas kami nak turun kat Milad Tower dan masa sampai tu dia akan bagitau kami turun kat situ. 


Bus di Tehran diasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan sama macam dalam Metro. Perempuan boleh duduk kat kawasan lelaki asalkan ada mahram kat situla tapi lelaki takleh langsung mai kat kawasan perempuan walaupun ada bini, mak , adik kat kawasan pompuan tu. Rasanya dalam bas, pompuan takleh gak duduk kat kawasan lelaki tapi kami hentam sajala sb konon mcm taktau apa2.

 Lepas turun bas kena menapak sikit dalam 10minit baru sampai ke menara tu. Kena naik jejantas untuk ke seberang sebab Milad Tower tu kat seberang jalan. 



video
video
Dari atas jejantas saya ambil gambar kiri kanan. Kat sebelah kanan langit nampak biru.

Kat kiri ni gambar nampak suram sebab cahaya matahari kat depan.

Jalan sikit bergambar, jalan sikit bergambar, agak-agak orang lain boleh jalan kaki 10minit, kami lak jalan sampai sejam baru nak sampai ni.

Nasib baik saya tak ke belakang sikit bergambar, sebab kat belakang saya tu betul2 ada kolam air. Masa kami turun, salji dah cair dan baru nampak rupanya ada kolam kat situ. Kalaula saya ke belakang sikit je lagi dah terjun masuk dalam air dah la tu. Yang peliknya macam mana salji ni boleh tutup permukaan air dan tak bekukan air macam kita tengok orang skii atas ais tu.


Saya yang jakun walaupun ada laluan pejalan kaki yang bersih tapi still nak jalan atas snow juga. Nak menikmati setiap saat bersama snow gitu.


Bapak kucing macam biasa akan teruja jumpa kucing walau di mana saja dia berada. Sat nak posing dulu....layankan dulu gambar2 kami.







Macam yang saya cakap sebelum ni la kan, sebab kami sakan bergambar, kami ambil masa sejam juga nak sampai menara ni. Bukan jauh mana pun tapi sebab jakun dengan salji kan. Sebelum naik atas ni kena beli tiket lif kat bawah dulu. Harga bayaran masuk di sini ialah 120,000 rial (RM16.50) untuk ke open observation deck saja. Memandangkan kita tak dak masa yang banyak di Tehran, so apa salahnya kalau kita melihat keseluruhan kota ni dari tempat yang tertinggi.

Nak beli tiket lalu kat "subway" eh bukan "subway" tapi "freshway" tapi konsepnya sama macam "subway".

Milad Tower ni tingginya 435m termasuk antena 120m. Ia dibina pada tahun 2017 dan merupakan tower ke-6 tertinggi di dunia yang free-standing. Berlainan dengan menara KL, Milad Tower ni berbentuk konkrit oktagon dari bawah sampai ke atas dengan 12 floors termasuk observation decks, gallery, cafe dan restaurant (IR600,000/1,080,000/1,508,000 untuk breakfast/lunch/dinner). Video di bawah suasana di atas Milad Tower ni.

video

Destinasi seterusnya saya di atas tu....

video
Video di atas suasana di atas Milad Tower dan bandar Tehran berlatar belakangkan banjaran Gunung Alborz yang dilitupi salji.

Bandar Tehran berlatar belakangkan banjaran Gunung Alborz yang dilitupi salji.

Bila tengok jalanraya pun sistematik je tak seperti digambarkan oleh media barat.


Apa yang menariknya, semua rumah dan bangunan sama color dan kedudukannya sangat sistematik, tersusun cantik.

Memandangkan kami ni dikira glamor di kalangan warga Iran ......hehehe perasan je, ada je yang nak bergambar dengan kami yang comel ni ahaks....hehehe. Bila kami bagitau dari Malaysia lagi excited satu keluarga sebab bagi depa, Malaysia ni negara Islam dan depa pun kenai Tun Mahadhir. Macam semalam saya cakap kami ni ala-ala retis dan selalu jadi perhatian di sini hehehehe perasan no.


Ni pula sekumpulan pelajar yang nak temuramah kami kat sini. Retisla katakan.  Kami pula tanya depa dari sini macam mana nak ke bandar tapi diorang pun taktau sebab depa mai sendiri bukan dengan public transport. 

Replika ni pula menunjukkan Milad Tower ni berkembang dari kubu  dan naik sikit2 sampai sekarang.

Kami kemudian cari surau nak solat jamak. Saya pelik kat sini memang banyak surau, orang ramai, tapi takdak sapa yang datang solat sebab surau sentiasa sunyi je. Saya teringat pula ajaran syiah ni diorang percaya diorang ni musafir di muka bumi dan depa mengamalkan solat jamak juga sepanjang masa.


Kat cafe ni juga ada jual cappuccino dan brownies dan pelbagai jenis kek. Saya ni macam suka nak cuba cappuccino dan brownies lak kat setiap tempat kan, so saya nak try coklat brownies dan cappuccino. Sekali suapan, saya rasa lidah saya menyatakan bahawa brownies yang saya buat sendiri lebih sedap, sebab brownies dia agak kurang rasa coklat. Cappucino pula saya suka di Korea dan Jepun punya. Kat sini rasa macam kurang bau dan rasa kafein dia.


Ini toilet kedua saya jakun selepas toilet kat Jepun. Bila kita tekan buton belakang tu, plastik ni akan bergerak dan digantikan dengan plastik yang baru. Takla rasa geli toilet duduk bila ada pelapik yang diganti-ganti ni.


Kami kemudian turun semula ke tingkat 2 dari observation deck.

Kami pun memulakan misi mencari makanan untuk lunch pula ni.


video

Kat sini ada food court juga dan pelbagai pilihan makanan kita boleh pilih.

Saya pilih makan burger daging ni sebab dari airport hari pertama sampai dah nampak iklan burger Iran kat airport tu. Air Hey Day tu sedap gila sampaikan saya import masuk Malaysia dengan backpack macam tu je.

Mr. soulmate pula pilih makan nasi saja tapi dia punya side dish tu boleh pilih pelbagai jenis macam korea pula. Dia ambil berdasarkan warga Iran recommend kan je sebab tak tau semua rasa macam mana. Kira macam nasi campur juga dan orang-orang Iran sekeliling dia mai kerumun bagitau ambil apa yang sedap apa yang best semua. Diorang ni memang suka dengan pelancong dan  semangat nak pelancong rasa makanan depa. Saya rasa semua sedap, kira kena juga dengan selera saya semua makanan Iran ni. Yang paling sedap tu nasi tu ditabur buah cranberi kering, gila punya sedap, ada rasa masam manis.

Fizah pula order Doner atau orang Malaysia panggil kebab.

Bersantap la kami sampai kekeyangan. Dahla sedap gila murah pula tu.

Lepas makan semua, kami ke kaunter information ni nak tanya jalan kebenaran naik naik bas ke bandar pula. Kat tangan memasing dok pegang tasbih je berzikir.


Tapi apa yang menarik perhatian saya ialah plastik surgery hidung kat mamat tu. Masa mula saya sampai Iran lagi saya perhati ramai dok letak plaster atas hidung tu. Diorang tu sebenarnya rasa hidung diorang terlalu tinggi dan buat plastic surgery kecikkan hidung. Macam korea pula saya tengok. Mesti hidung pesak kembang penyek kami ni cantik sangat di mata diorang kot hehehehe...mana nak tau kan. Apa pun saya bersyukur ada hidung penyek sebab kalau hidung saya mancung, mesti tak cantik macam sekarang ni hehehe perasan sikitla. Apa pun ciptaan tuhan tu paling cantik dan tak boleh ada manusia yang menafikan keindahan ciptaan tuhan.

video
Video di atas suasana sekitar Milad Tower dan kedengaran muzik tradisional Iran berkumandang segenap alam.



Kami pun jalan kaki balik ke jalan besar dan naik bas ke stesen metro terdekat. Nama tempat kat bas semua tulis tulisan jawi. Perkataan "metro" pun dalam tulisan jawi dan kami naik bas tu la dan bagitau driver bas nak turun kat metro. Memang masa turun bas tu, semua penumpang bas pun turun juga.

video

video
Ni suasana kami dalam bas menuju ke stesen metro.

Saya memang suka tiles dan kecantikan seni kat dinding stesen metro, sebab tu kalau jumpa mesti nak bergambar.

Kami nak menuju ke Grand Bazaar pula ni. Kali ni naik metro kat bahagian perempuan pula. Lagila terbeliak biji mata sebab perempuan Iran ni cantik-cantik semuanya dan peramah. 

Maka sampailah kami kat Grand Bazaar yang terlalu ramai manusia di sini. Kebetulan hari ni cuti dan semua orang nak shopping kat sini juga kot.


Memandangkan ramai sangat orang, nak pejam mata dulu bayangkan kawasan ni kosong saja hehehe....layankan gambar di bawah.




Seterusnya kami ke Panzdah-e Khordad Sq, hasrat di hati nak masuk Golestan Palace. Tapi memandangkan nak masuk ni kena bayar seratus lebih, kami pun skip la tempat ni, sebab rasa nak shopping lagi kekacang di sini untuk perabih duit. Kami makan angin kat taman ni jela.










Selain shopping kacang, kami shopping perfum juga. Perempuan ni asyik pujuk kami beli perfum saiz besar je sebab katanya lebih jimat. Kami pula mana ada luggage pun, takleh le borong perfum banyak sangat.



Saya borong walnut juga untuk brownies.





Saya bergambar depan shrine diorang ni sebab tiles dia cantik.

Saya teruja beli buah cranberi segar ni tapi masalahnya terlalu banyak duri pula.

Mangsa di sini untuk buang semua duri ialah mr.soulmate hehehe.....

Sementara kami tunggu Mohamad yang pick up kami kat airport haritu, mr.soulmate menjalankan misi buang duri. Mohamad akan ambil kami kat hostel ke IKA airport.


Sedihnya nak berpisah dengan Mohamad sebab dia banyak bantu kami terutamanya nak carikan hostel kat kami di Tehran.

video
Masa dok berbye-bye dengan Mohamad saya teruja dengan satu situasi yang tak pernah saya jumpa seperti video di atas. Kat airport mana-mana negara pun tak boleh parking kat pintu masuk kan. So, ada lori mai angkut kereta-kereta yang parking di sini guna cara yang paling unik. Tergelak saya tengok pun.


Kami solat kat surau airport pula dan tumpang tidur kejap sebab flight delay. 
video
Video kat atas tu makcik2 dan pakcik2 berselubung hitam yang kecohnya rombongan cik kiah. Rasa macam first time naik flight kot sebab kat imigresen dan pemeriksaan x-ray kecoh betul sampai pegawai airport marah depa, kesian pula. Yang kena marah tu bukan apa, ada ka dia nak letak barang dia dalam besen orang lain sama masa nak scan hand luggage tu.

Walaupun kat sini suhu negatif, kami semua tukar baju ala-ala tropika dulu kat toilet. Semua baju panas berlapis2 saya buang je kat sini, kurangkan luggage sikit selain kita nak sampai ke negara panas pula. Kalau tak salin baju sekarang, dok dalam flight pun dah menggelupur kepanasan nanti.

Dalam hati saya sedih nak tinggalkan Iran sebab Iran antara negara yang tercantik dan kaya dengan khazanah alam dan sejarahnya.

Sekali lagi saya recap balik perjalan kami 8 penerbangan, 2 benua, 4 negara, 3 backpackers, 1 matlamat.

Pengembaraan selama 11 hari belanja hangus RM2,814.38 sorang.

ISTANBUL, TURKI 🇹🇷

• Tiket Penerbangan
Azerbaijan Airlines : Tehran – Baku – Istanbul – Baku - Tehran = RM422.18
Free Meal : 4 Meal and free flow drink no limit
Booked from http://www.skyscanner.net

• Penginapan
- Hotel Sultan Corner Suites, Istanbul = RM142.66 (2nights)
Free Breakfast
Booked from Air Asia Go Holiday
- Hotel Esra Sultan Petrol, Istanbul = RM92 (2 nights)
Free Breakfast
Booked from booking.com

• Wang Tunai
Matawang Turkey Lira (1Lira =RM1.40)

• Tentatif
-Sultan Ahmed Camii @ Blue Mosque
-Hagia Sofia
-Arkeologi Museum
-Basilica Cistern = 20 lira (tak termasuk dalam museum kad)
-Topkapi Palace
-Blue Mosque
- Nuruosmaniye Camii (solat jamak)
-Galata Tower
-Grand Bazar / Spice Bazar
-Taksim
-Bosborus Cruise = 12 lira

• Makanan
-Kumpir
-Pistachio ice cream
-Balik Ekmek
-Kebab
-Turkish food
-dll = 101 lira

• Lain-lain
- Dobi = 20.67 lira
- Souvenir = 36.67 lira
- Museum kad = 85 lira
- Istanbul kart = 35lira
*baju sedekah=6tshirt+sweater, 2seluar, 2 tudung (kurangkan bebanan bag)

TOTAL = RM1,028.60 (5D4N)


LONDON, UK 🇬🇧

• Tiket Penerbangan
Atlas Global : Istanbul – Londra – Istanbul = RM446.93
Free Meal : 2 Meal and free flow drink no limit
Booked from http://www.skyscanner.net

• Penginapan
Smart Hyde Park Inn, Bayswater = 113.94GBP
Free Breakfast
Review:
- Staf agak rude, breakfast 5 minit lagi nak start pun tak bagi orang ambil makanan. Breakfast start pukul 7.30am tapi kita ni pukul 7.25am dah ambik pinggan nak ambik roti, mai staf siap jegil bijik mata ok cakap breakfast start pukul 7.30am WTF kan hostel ni.
- Pukul 4 pagi staf terjah masuk bilik buka curtain katil, terus soal orang “why you are here?” padahal orang dah bayar cuma system diorang yang bengong. Nasib baik ada bukti dah print siap2. Senang je cakap sorry lepas buat kurang ajar dengan customer and customer pun segar mata susah dah nak tido lepas tu.
- Bilik mandi and jamban kena kongsi laki pompuan. Air nak mandi panas gila melecur kulit. Saiz jamban 2x2kaki manakala bilik mandi size 3x3kaki. Kalau rasa badan tu oversize kirim salam kena tahan nafas kecikkan perut ya setiap kali nak membuang.
Booked from http://www.hostelbookers.com

• Wang Tunai
Matawang GBP British Pound (1GBP=RM5.60)

• Tentatif
-Poundland
-Tower Bridge
-London Bridge
-Big Ben
-Buckingham Palace
-James’s Park
-Trafalgar Square
-British Museum
-British Library
-Malaysia Hall / Kantin

• Makanan
= 7.50 GBP

• Lain-lain
- Souvenir = 24.50 GBP
- Easybus = 12.56 GBP
- Oyster Card = 10.60 GBP
*Baju sedekah=3 tshirt 2leging (kurangkan beban bag)

TOTAL = RM1,301.36 (3D2N)

TEHRAN, IRAN 🇮🇷

• Tiket Penerbangan
Air Asia : KL - Tehran – KL = RM608.32
Free Meal : 4 Meal(2 nasi kebab + 2 piza sandwich ayam) and 4 air mineral
Booked from website AA

• Penginapan
- Hostel Persian (2nights) = 30usd
Free Breakfast
2 minit walk from metro station

• Wang Tunai
Matawang Lira tapi bila urusan jual beli sebut toman (10,000lira =1,000 toman = RM1.40)

• Tentatif
-Gunung Tochal + cable car sampai stesen 7
-Grand Bazar
-Bazar Tajrish
-Milad Tower
-Golestan Palace

• Makanan
-Nasi kebab
-Burger Iran
-dll
• Lain-lain
- Airport pickup = 35usd
- Souvenir (kekacang dan safron)
- Bas /van
- Metro
*baju sedekah=1winter coat, 1 sweater, 1tshirt, 2leging(kurangkan beban bag)
TOTAL = RM1,092.74 (3D2N)

*maafkan saya kalau ada yang tersalah info, mohon betulkan

*bag masa balik lebih ringan sebab setiap tempat tinggalkan pakaian. Sebab tu kalau travel, bawa baju bundle timbang kilo sebab boleh tinggalkan tanpa rasa bersalah. Baju mahal2 pakai travel dalam Malaysia saja. Baju murahan baru bawa pi obersea.


Tengahari kami sampai di Malaysia.

Walau jauh mana pun kami sampai ke London tapi bila makan nasi goreng kat KLIA2 nikmatnya tak terkata. 

Dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada tersilap kata, tersalah info, terkasar bahasa sepanjang penulisan blog mengenai pengembaraan paling mencabar kami dengan tagline #azamfirdauswinterwonderland

Penulisan blog saya adalah untuk membantu sesapa yang berhajat untuk travel sama macam kami guna route ke Iran - Turki - London terutamanya budget terhad. Sebab tu saya nyatakan sekali maklumat expenses yang saya belanjakan supaya mudah untuk membuat rujukan. Walaupun maklumat expenses kita tidak akan sama tapi bolehla nak plus minus macam tu.
Yang baiknya datang dari Allah swt dan yang kurangnya itu dari diri saya sendiri. 

Akhir kata selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

The End.