Khamis, 14 September 2017

New Delhi dan Srinagar Kashmir #azamfirdaussummerkashmir

Namastee......sebelum baca dengan lebih lanjut cerita ni maila tengok dulu video kami ni di bawah.


Kenalkan budak hitam demok di atas tu namanya 'Lala', beratnya nak mencecah 11kg. Muka dah cuak sebab dia sangat penakut dengan semua benda hidup termasuk kucing dan manusia. 'Lala' ni pet di rumah mak angkat.

Perjalanan kami diteruskan dari Kedah sampai ke Kuala Lumpur. Kat KL kami menginap semalam di rumah mak angkat di PJ. Keesokkan paginya pula, kami akan bertolak keluar ikut mak angkat ke ofis sebelum kami nak bertolak ke airport pula. 

Kebetulan hari ni ofis mak angkat ada majlis sambutan hari raya, maka kami pun terjebak juga dengan majlis ni. 

Kalau bab2 nak deco dessert memang boleh serahkan kat saya saja hehehe riak pula. Kalau saya sorang saja memang sembunyi diam2 dok dalam bilik mak angkat je, tapi memandangkan mr.soulmate ni over peramah, tak dayala nak dok diam2 dalam bilik je. Memang kena ramah juga dan kena jadi macam sebahagian staf ofis ni pula. Lepas tu sorang2 staf ofis ni tanya, siapakah kami berdua ni? staf baru ke?. Dengan kekecohan dan loghat utaranya hingar bingar bergegar ofis ni.......adoila mr.soulmate. Kontra sangat kami dua ni 'pemalu vs peramah'. 

Sebelum berangkat ke India, kami menikmati puas2 dulu hidangan Malaysia yang sangat lazat semuanya.

Muka di atas sangat malu gila dah sebab buat macam ofis sendiri je tapi takpala kita jumpa kali ni je kot huhu.

Lepas salam2 bye2 semua, kami pun meninggalkan ofis yang berada di tengah2 kawasan masjid jamek ni. Terkesan dengan keramahan mr.soulmate, staf2 situ dok pesan suruh mai lagi jumpa depa huhuhu.....

Kemudian kami download apps grab car dan naik grab car ke airport pula. Kalau berbanding dengan harga dan masa, memang murah naik grab car berbanding teksi dan lrt. 

Dari Masjid Jamek tempat ofis mak angkat, kami ambik grab terus ke KLIA2 dengan harga RM65 termasuk tol sebab 1st time pelanggan grab ada diskaun. Kami antara orang pertama sampai di klia2. 

Inilah kami geng yang bakal nak gegarkan bumi Kashmiri. Mr.soulmate jadi tukang ambik gambar kami je.
 Dan Sycha, lady boss kepada company yg kami ambil trip ni.

Kat sini masih sesi perkenalan antara kami sebab ada 2 orang baru yang saya jumpa dalam group ni. Yang lain2 dah kenal lama.

Memandangkan trip kami ni budget saja, kami kena gerak sendiri2 dari KL ke Delhi dan jumpa sorang lagi tour guide di Delhi nanti iaitu hubby lady boss tadi tu.

Bye bye Malaysia....


Bermulala penggembaraan kami di bumi India. Agak menakutkan juga saya ke sana sebab terlalu banyak cerita scam sana sini dan kehidupan yang susah dan pergolakan tak berhenti. Tapi saya selalu ingatkan diri sendiri juga, jangan judge sesuatu tempat berdasarkan pengalaman orang lain atau melalui media saja. Kadang-kadang tak seburuk yang digembar gemburkan pun.



Trip 6 hari 5 malam ni merupakan trip pertama kami yang ikut pakej. Setelah ditimbang katikan, kami rasa risiko untuk mai ke negara dunia ketiga ni lebih sesuai guna pakej daripada redah sendiri dua orang kami.

Bila kaji kos pula, pakej ni menawarkan harga yang jauh menarik iaitu kami bayar RM24xx sorang termasuk (tiket flight 4penerbangan+penginapan+pengangkutan+makan). Mula2 rasa mcm scam kan murah sangat tapi sebab saya dah lama dok folo lady bos company dlm fb n ig, so saya percaya dia memang boleh buat trip murah pun. Tak dinafikan trip kami ni ada cacat celanya tapi biasalah takdak yang sempurna melainkan kita sendiri akan twist yang cacat tu jadi lebih baik mengikut kesesuaian kita.


Kami selamat sampai di airport Delhi waktu tempatan 10pm tapi kalau ikut waktu malaysia pukul 12malam dah. Flight kami asyik berlegar-legar di ruang udara New Delhi lama betul sebab lama betul nak dapatkan kebenaran landing. Tak jejak kaki lagi pun dah rasa birokrasi kawalan trafik udara di sini. Dah lama menanti dan flight dah slow nak mendarat tetiba bunyi enjin kuat gila dan naik semula ke atas, kejut mak tau boleh kena heart attact kalau macam ni. Pastu pilot announced  kami masih belum boleh mendarat dan kena berlegar-legar lagi di udara....ha boleh gitu? Kat sini saya boleh judge betapa India ni terlalu skema dan suka susahkan orang dengan peraturan yang tak logik yang sengaja diada-adakan untuk menyusahkan semua pihak. 

Konon keselamatan tapi tak nampak keselamatan pun cuma sengaja nak menyusahkan orang saja. Kalau berbanding trip saya ke London bulan Februari lepas, memang real nampak diorang jaga keselamatan yang ketat tapi sekali tu je bukan berkali2 nak scan raba body kita sampai 8 pintu keselamatan di India ni. Kat situ kita boleh bezakan kawalan keselamatan yang sebenar atau peraturan yang suka menyusahkan orang saja. Bagi saya kawalan keselamatan di London dan Australia memang terbaik dan cuma periksa sekali tu saja. Kalau periksa sampai 8 kali saya rasa buang masa saja upah tentera2 untuk periksa pelancong sampai 8 kali kat airport saja. 


Al-kisah setelah beberapa kali melalui pemeriksaan keselamatan, tang nak cop passport pun jadi isu juga. Kat borang sampai tu, kami tulis alamat di Kashmir dan kena soal siasat hampir sejam ok kat situ saja. Sebab? ya sebab?sebab tak munasabah ok pegawai imi ni. Katanya kami tak boleh pergi Kashmir sebab tak selamat untuk pelancong. Kashmir banyak ada kes bunuh-bunuh mati-matian di sana. lagi katanya, orang Kashmir ni tak suka pelancong dan pelancong boleh cedera kalau mau pi sana juga. Hek eleh banyak pula hujah-hujah dia untuk mengelakkan kami sampai di kashmir.

Saya senyum saja dan cakap "takpala encik, kami ambil risiko sendiri la sampai di India ni. Kalau macam tu, saya tak jadi ke Kashmir dan akan ubah iti saya menetap di New Delhi sajalah sampai balik nanti." Saja bagi ayat dia puas hati dan barulah dia nak cop passport saya tu. Tetapi malangnya kawan-kawan di belakang saya berkeras cakap nak ke Kashmir juga dan stuck lagila kami kat kaunter tu ayoyo ama...appa.....Pegawai imi tu siap lempar kot passport kawan-kawan saya sebab marah sangat kot kami beriya nak ke Kashmir.

Untuk pengetahuan umum sama seperti cerita Bajrangi Bhaijaan, puak India ni kalau boleh taknak pelancong pi Kashmir pun sebab populasi Kashmir 97% adalah muslim. Pergi ke Kashmir bermakna pelancong memberi duit dan menaikkan ekonomi Kashmir di sana. Puak hindu ni nak orang Islam di sana merana merempat kebulur dan bergantung harap sepenuhnya pada kerajaan walaupun kerajaan tak bantu apa pun penduduk di sana. Ini kes macam dianak tirikan atau macam tali tak bergantung la.
Selesai cop-cop passport semua, kami bergegas ke toilet ambik wuduk sebab kami tak solat maghrib dan isya lagi. Kami tak boleh masuk ke balai perlepasan domestik sebab syarat nak masuk kena 2 jam sebelum berlepas. Birokrasi sungguh kan India ni, sabar jela.

Kami pun hampar je sejadah dan solat je tengah2 medan ni orang ramai ni. Airport ni tak sediakan prayer room kat tempat menunggu ni. Kat kawasan boarding je ada prayer room tapi masalahnya kami takleh masuk boarding hall sekarang ni.
Bagusnya bila kita dah start solat, orang lain pun mai solat sekali. Ada orang asing lain pula mai pinjam sejadah nak solat sekali. Solat subuh kami solat kat prayer room. 


Memandangkan kami punya penerbangan domestik lagi 8jam, kami dok bertapa dulu kat sini. Nak tido pun tak leh, penat jetleg lagi ni dan takdak tempat nak rehat pula. Nak buka internet takdak free wifi pula kat airport ni. Mehla pekena kopi dan main game sampai habis baterila.

Kawan2 yang lain tido tapi kami ni tak boleh nak tido juga. Yang tido atas lantai terus tu kami punya tour guide.

Saya serius takleh tido pun time ni. Nak dengar lagu nak main game dalam fon pun bateri kong langsung.


Akhirnya sampaila time kami boleh masuk departure hall domestic. Kami terus kelam kabut cari prayer room la sebab subuh dah masuk. Abe tour guide kami suruh kami cari tempat makan. Bagi sayala solat no.1 dan makan tu no.2 la kot memandangkan waktu subuh ni tak panjang mana. Kat sini syukur sangat ada tempat proper la nak solat tak macam kami solat kat luar tadi menjadi tontonan semua orang.


Muka kami kembali ceria sebab nak terbang ke Srinagar pula.

Seperti jangkaan, tak sempat nak take off, kami semua berdengkur tidur dengan nyenyaknya dan tetiba terkejut jaga dengar announcement kata nak landing.


Dari atas awan nampak dah gunung ganang di bawah nun. Dalam hati melonjak keriangan dah ni, tak sabar nak explore bumi Kashmir.


Inilah airport domestik Srinagar. Kena bayar 100rupee untuk isi arrival form sekali lagi. Memandangkan kami orang terakhir keluar dari airport, airport ni lengang sekali.

Kami disambut oleh 2 orang jejaka Kashmiri dengan sebiji van. Kami semua sumbat semuanya dalam van ni.
Van ni juga akan digunakan sebagai pengangkutan kami sepanjang trip ni. 

Inilah houseboat aka penginapan kami di Kashmir ni.

Ini rupa bilik kami dalam houseboat

Toilet ada dalam setiap bilik, takyah kongsi2 dengan orang lain.

Salurannya terus masuk dalam sungai

Inilah zero bridge Srinagar. Memula tu saya dok google map image semua sebab dok research tempat ni. Ada pondok2 ni di atas zero bridge.

Sebelum kami memulakan adventure untuk explore kota Srinagar, kami kenala mengisi perut dulu. Lapar gila kot dari semalam tak makan lagi ni. Omalate mama memang sedap gila.

Kenyang perut dan mandi manda siap semua, kami terus keluar semula walaupun letih gila travel dari semalam non-stop dengan tak tido lagi nak keluar ronda jalan-jalan makan angin.

...........to be continued.